• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penerbit AAC2 Puji Gaya Lakonan Fazura Dan Bront

oleh
11/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KINI, semakin ramai selebriti Malaysia menempa nama di negara jiran bagi mengembangkan lagi bakat mereka sama ada bidang nyanyian mahu pun lakonan.

Baca: Bront Kini Popular Jadi Minat Gadis Di Indonesia

Antaranya pelakon Bront Palarae dan Nur Fazura menerusi filem Ayat-Ayat Cinta 2 (AAC2) untuk pertama kalinya telah mendapat pujian daripada penerbit filem tersebut iaitu Manoj Punjabi.

“Mereka berdua merupakan pelakon yang hebat dan tahu bagaimana caranya untuk menyerlahkan bakat lakonan.

“Sejujurnya, saya sangat berpuas hati dengan hasil lakonan yang mereka tunjukkan dalam AAC2,“ katanya dipetik daripada portal Astro Gempak.

Malah, Manoj turut memuji lakonan yang ditunjukkan oleh kedua-dua selebriti itu yang bagaikan sudah mengetahui apa yang diinginkannya menerusi filem sekuel itu.

Menerusi pembabitan Bront dan Fazura di dalam filem tersebut, ia sedikit sebanyak menjadi signifikan dengan penayangan AAC2 di pawagan seluruh Malaysia.

“Biarpun hampir 10 tahun berlalu, jenama AAC sangat kuat dan melekat di hati peminat. Ramai yang ternanti kesudahan kisah Fahri dan Aisha.

“Saya berharap agar filem ini dapat mencipta sukses ketika ditayangkan di 109 buah pawagam di Malaysia,” ujarnya lagi.

Penonton bakal dapat menyaksikan filem yang ditunggu-tunggu ini bermula pada hari ini di pawagam seluruh Malaysia.

Sejak pertama kali filem AAC ditayangkan pada tahun 2008 lalu, ia telah berjaya mencuri hati penonton dan seterusnya membuatkan ramai penonton berasa tak sabar untuk menantikan sambungannya pada tahun ini.

Filem itu turut diterajui oleh Fedi Nuril, Dewi Sandra, Chelsea Islan dan ramai lagi. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Ayat Ayat Cinta 2bront palarae
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perlu Dana RM2 Juta, Bront Mohon Bantuan Filem Baharu

30/06/2018
0

SEBANYAK RM2 juta dana sedang dikumpul daripada orang ramai oleh Bront Palarae dalam biayai projek filem di bawah arahannya berjudul...

Bront Belum Terfikir Untuk Hijrah Ke Luar Negara

29/03/2018
0

BUKAN mudah bagi artis Malaysia untuk menembusi industri hiburan antarabangsa, namun ianya bukanlah sesuatu yang mustahil. Hal ini telah dibuktikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd