• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlu Dana RM2 Juta, Bront Mohon Bantuan Filem Baharu

oleh
30/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBANYAK RM2 juta dana sedang dikumpul daripada orang ramai oleh Bront Palarae dalam biayai projek filem di bawah arahannya berjudul Dawn Raid: The Hand That Rattled The Queen.

Bront yang merupakan pemilik produksi Pixel Play itu memberitahu bahawa kempen berkenaan dilihat sebagai inisiatif bagi merealisasikan penghasilan filem untuk ditayangkan pada sambutan kemerdekaan tahun hadapan.

“Kempen ini dibuat bagi mengumpul dana untuk menjayakan filem yang diangkat daripada kisah benar. Bajet yang diperlukan untuk filem ini adalah sekitar RM4.4 juta, tetapi kami hanya memerlukan RM2 juta sumbangan ikhlas daripada peminat dan orang awam di luar sana.

“Selain itu, kami turut memohon dana daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), tetapi ia masih dalam peringkat perbincangan,” ujar aktor itu kepada portal BH Online.

Kempen tersebut sudah dilancarkan bermula pada 18 Jun lalu dan dikatakan bakal berakhir pada 31 Julai hadapan.

Dalam masa sama, kepada sesiapa sahaja yang bermurah hati memberikan sumbangan untuk projek berkenaan, pihak produksi akan menyediakan beberapa cenderahati seperti pelekat kereta, cawan, beg, kemeja-T dan tiket ke acara tayangan gala filem berkenaan yang kemungkinan dijangkakan pada 23 Ogos 2019.

“Kami menawarkan pakej cenderahati berbeza bagi setiap nilai didermakan, iaitu bermula daripada RM5 hingga RM250,” tambanya lagi.

Tambah pelakon hebat yang kini semakin dikenali oleh peminat dari negara seberang itu lagi, naskhah yang diarahkannya itu bukanlah sekadar karya yang mampu menghiburkan penonton.

Tetapi ia diharapkan akan memberi inspirasi yang tinggi kepada generasi yang akan datang.

Maklumat lanjut mengenai kempen itu boleh didapati dengan melayari www.reward.pitchin.my/projects/dawn-raid-the-hands-that-rattled-the-queen.

Sehingga kini, sumbangan yang diterima oleh mereka daripada orang ramai sudah mencecah hampir RM7,000.

Banyak lagi jumlah yang diperlukan bagi menjayakan filem hebat berkenaan. Di kesempatan itu, masyarakat umum dapatlah memberi sumbangan bagi melakukan perubahan kepada industri seni tanah air. – Mynewshub.tv/AH

Tags: bront palarae
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bront Belum Terfikir Untuk Hijrah Ke Luar Negara

29/03/2018
0

BUKAN mudah bagi artis Malaysia untuk menembusi industri hiburan antarabangsa, namun ianya bukanlah sesuatu yang mustahil. Hal ini telah dibuktikan...

Bront Akui Kini Masa Untuk Kembang Bakat Di Luar

06/03/2018
0

PORTFOLIO seni yang dimiliki pelakon, Bront Palarae nyata telah menjadikan dirinya antara salah seorang pelakon yang paling disegani dalam negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd