• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, January 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangunan Sebelum Ini Bawa Beban Tidak Perlu

oleh AK-47
23/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Beberapa program pembangunan negara di bawah bekas seorang pemimpin sebelum ini membawa beban yang tidak perlu kepada rakyat dalam bentuk sekumpulan kroni kapitalis meraih kekayaan daripadanya, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam ucaptamanya pada Invest Malaysia 2018 di sini hari ini, perdana menteri berkata kerajaan berikrar yang perkara ini akan dihentikan dan ia mengambil iktibar daripada kesilapan lampau dalam merancang transformasi ekonomi Malaysia, sambil mendepani banyak isu legasi sepanjang usaha itu.

Mengambil contoh pengangkutan awam, beliau berkata perkara itu telah diabaikan berdekad lamanya menyebabkan ia menjadi tidak keruan, dengan pemilik dan sistem yang berbeza, dan sudah tentunya tidak ada integrasi.

“Ketaksuban seseorang terhadap idea untuk menghasilkan kereta nasional – yang kini cuba dipulihkan di bawah pemilikan bersama antarabangsa – menjadikan Malaysia ketinggalan dalam menyediakan sistem pengangkutan awam yang efisien.

“Ini merupakan halangan serius terhadap cita-cita kita untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi dan bagi Kuala Lumpur menjadi ibu kota bertaraf dunia. Oleh itu kita telah mengambil langkah segera untuk membetulkan keadaan dan menyatakan bahawa pengangkutan awam menjadi keutamaan penting bagi kerajaan,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Merujuk kepada konsesi Janakuasa Bebas yang ditandatangani kerajaan ketika itu, Najib berkata ia begitu berat sebelah sehinggakan pengguna terpaksa membayar harga tinggi daripada yang sepatutnya untuk bekalan tenaga, malah untuk bekalan tenaga yang mereka tidak guna.

“Ini amat membebankan rakyat, oleh itu kerajaan berunding semula terhadap konsesi ini – dengan tekad pada masa depan, kita tidak akan membenarkan syarikat-syarikat persendirian meraih keuntungan berlebihan yang menjejaskan rakyat,” kata perdana menteri.

Ringgit pula ditambat dengan dollar Amerika bagi tempoh yang terlalu lama sehinggakan pelabur dan pasaran global hilang keyakinan terhadap negara ini.

“Dan kita mengambil masa yang lama juga untuk mengembalikan keyakinan itu. Ini juga amat menjejaskan negara, ” kata Najib sambil menegaskan bahawa kerajaan di bawah pimpinannya tidak akan mengulangi langkah itu.

Perdana menteri turut menjelaskan mengenai apa yamg disifatkannya pakatan kempen untuk mensabotaj ekonomi Malaysia bagi kepentingan politik pihak tertentu.

Najib berkata kewibawaan institusi milik negara seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dicabar dengan begitu kuat dan dijadikan senjata untuk membuktikan kononnya ekonomi Malaysia mengalami keruntuhan.

“Saya tidak mengenepikan isu ini begitu sahaja. Memang ada kegagalan dalam syarikat ini, kelemahan tadbir urus. Memang ada asas yang menimbulkan kebimbangan.

“Disebabkan itu saya telah mengarahkan siasatan yang paling komprehensif dan terperinci dilakukan dalam sejarah korporat Malaysia, siasatan yang melibatkan pelbagai pihak berkuasa termasuk jawatankuasa parlimen dianggotai parti kerajaan dan pembangkang.

“Dapatan siasatan mereka turut diambil kira – lembaga pengarah syarikat dibubar, pasukan pengurusannya ditukar dan operasinya dikaji semula,” katanya.

Najib menarik perhatian bahawa 1MDB telah menyusun semula asetnya, dan dengan hasil itu, ia mengambil pendekatan agresif untuk mengurangkan hutang kepada tahap paling rendah. -BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd