Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Perkenal Rangkaian Kedua...

PUTRAJAYA : Kerajaan akan memperkenalkan rangkaian kedua 5G melalui entiti baharu yang akan...

Ranking Jalur Lebar Malaysia...

KUALA LUMPUR - Kedudukan Malaysia dalam kategori 'price basket' jalur lebar tetap Kesatuan...

SPRM Kena Jelas Isu...

1. SPRM dan bosnya Datuk Seri Shukri wajib mendedahkan benarkah seorang Pegawai gred...

2016: ‘Rel’ Ejen Tranformasi...

KUALA LUMPUR - Tahun 2016 berakhir dengan janji bagi rangkaian perhubungan lebih baik...

Pemandu Peribadi Racun, Cekik Majikan Hingga Mati

BERHATIKAN syaitan, bertopengkan manusia…

Itu saja ungkapan yang dapat menggambarkan perlakuan kejam dua individu di Ngawi, Indonesia yang bertindak meracun seorang wanita yang juga merupakan majikan mereka, Jumaat lalu.

Mangsa yang dikenali sebagai Sulasi, 53 tahun, merupakan janda kaya di kawasan itu diracun sebanyak dua kali sebelum dicekik sehingga mati setelah racun diberi tidak mendatangkan kesan kepada mangsa.

Mayat Sulasi kemudian dibuang ke Sungai Balawong di wilayah Magetan.

Suspek yang dikenali sebagai Bima Ramadhani, 21, dan Niharulimah, 28, pada awalnya hanya merancang untuk menculik mangsa namun kemudian mereka bersepakat pula untuk membunuh mangsa dengan cara memberi racun.

Bima merupakan pemandu peribadi janda kaya itu, pada percubaan pertama didakwa menghidangkan bakso yang dicampur racun tikus kepada mangsa namun lansung tiada kesan.

Berang melihat Sulasi masih hidup, suspek dua hari kemudiannya menyajikan bubur yang dicampur racun jenis tirex kepada mangsa, namun percubaan kedua itu masih gagal.

Akhirnya suspek bersama seorang lagi suspek, Niharulimah, tekad datang ke rumah mangsa lalu mencekik hingga mati.


Mayat mangsa yang dibuang ke dalam sungai ditemukan tidak lama selepas itu dan kedua-dua suspek kini ditahan polis.

Ketua Polis Ngawi, Pranatal Hutajulu berkata siasatan awal polis mendapati motif pembunuhan dipercayai disebabkan hutang dan dendam.

“Siasatan daripada kedua-dua suspek berusia 21 dan 28 tahun itu mendapati mangsa mempunyai hutang dan sering melewatkan pembayaran gaji kepada kedua suspek.

“Kedua suspek juga sering dimaki hamun oleh mangsa kerana asyik melakukan kesilapan,” katanya seperti yang dipetik portal Kumparan.

Polis Indonesia yang menjalankan proses lakonan semula kes pembunuhan mengesahkan hanya dua suspek terlibat. – MYNEWSHUB.CC

Kategori