• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemain SSBJ Perlu Manfaat Peluang Di ABM

oleh AK-47
11/01/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemain badminton remaja negara daripada Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) perlu memanfaatkan peluang berlatih di Akademi Badminton Malaysia (ABM) untuk mengejar impian menjadi juara dunia.

Enam puluh pelajar SSBJ daripada tingkatan satu hingga lima yang dipilih bukan sahaja dapat berlatih bersama ikon badminton negara, malah mereka juga meneruskan persekolahan di akademi itu serta menetap di asrama disediakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bermula selewat-lewatnya April ini.

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata ABM mempunyai kelengkapan terbaik untuk pelajar tersebut kerana akademi berkenaan dilengkapi kelas serta asrama agar pemain dapat fokus dalam latihan dan pembelajaran mereka.

“Kita (BAM) akan menyediakan tempat tinggal, kelas untuk kamu (pelajar) belajar, segala kemudahan yang bertepatan dengan keperluan remaja sekarang dan tempat latihan serta pendedahan sains sukan.

“Saya juga memberitahu pihak pengurusan BAM dan jurulatih skuad remaja supaya menjelaskan kepada ibu bapa pelajar yang terlibat mengenai signifikan anak-anak mereka berlatih bersama-sama pemain elit di sini.

“Kita mengadakan mesyuarat mengenai peranan pelbagai pihak tentang pelajar-pelajar ini iaitu bersama Kementerian Pendidikan dalam menghantar guru untuk mengajar pelajar; dan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menguruskan tempat tinggal dan makanan pelajar-pelajar ini termasuk beberapa pihak lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada perhimpunan bersama pelajar SSBJ di ABM, Bukit Kiara di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua jurulatih skuad remaja, Kwan Yoke Meng berkata kehadiran empat jurulatih melibatkan pemain kebangsaan, Hafiz Hashim, Lutfi Mohd Zaim Abdul Khalid l, Amelia Alicia Anscelly dan bekas pemain Singapura, Wahida Abdullah akan membantu program latihan berjalan lebih lancar dan teratur.

Beliau juga percaya usaha membawa semua pemain badminton SSBJ tersebut berlatih di ABM akan memberi impak terbaik dalam arena badminton negara.

“Sejak saya dilantik sebagai ketua jurulatih badminton SSBJ, memang menjadi impian saya untuk melatih pelajar di ABM bersama-sama pemain kebangsaan negara lain.

“Negara seperti China, Indonesia dan Korea Selatan, mereka juga mengambil inisiatif melatih semua pemain mereka, senior dan junior di bawah satu bumbung. Saya mahu pelajar-pelajar ini memanfaatkan peluang diberikan ini untuk memastikan impian negara melahirkan juara dunia tercapai,” katanya. – BERNAMA

Tags: badmintonBAM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

06/05/2025
0

MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz masih lagi menjadi calon tunggal bagi jawatan presiden pada...

SPRM Sahkan Siasat BAM

SPRM Sahkan Siasat BAM

03/12/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan telah dibuat terhadap kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM). IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd