• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Syarikat Logam Didakwa Pecah Amanah

oleh Ahmad Albab
08/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seorang pekerja syarikat logam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Ayer Keroh di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah sebanyak RM10,000 milik syarikat itu, dua tahun lepas.

Heng Kah Yong, 31, didakwa sebagai pekerja syarikat yang diamanahkan dengan suatu harta iaitu wang berjumlah RM10,000 telah melakukan pecah amanah jenayah dengan curangnya menyalahgunakan harta tersebut.

Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan itu di Syarikat ML Metal Trading Sdn Bhd di No 3 Jalan TTC 29, Taman Teknologi Cheng di sini pada 24 Dis 2016.

Dia dituduh mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Norma Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Feb depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N. Sivashangari manakala tertuduh diwakili peguam Sulaiman Harmain Shah. – BERNAMA

Tags: pecah amanahpekerja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

P Ramasamy Didakwa Pecah Amanah Hampir RM860,000

P Ramasamy Didakwa Pecah Amanah Hampir RM860,000

14/05/2025
0

Butterworth: Bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini,...

Bekas Pengurus Besar Koperasi Polis Didakwa Pecah Amanah

Bekas Pengurus Besar Koperasi Polis Didakwa Pecah Amanah

05/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengurus besar anak syarikat Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd