• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Ladang Kerugian RM1,400 Ditipu Scammer

oleh Ahmad Albab
15/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang pekerja ladang mengalami kerugian RM1,400 selepas terperdaya dengan panggilan palsu yang diterima daripada sebuah bank pada Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt. Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa, 44, telah menerima panggilan telefon yang memperkenalkan diri sebagai Ahmad daripada sebuah bank di Kuala Lumpur dan mendakwa mangsa ada membuat pinjaman peribadi sebanyak RM30,000 dengan cawangan bank berkenaan di Terengganu.

“Setelah percaya, panggilan mangsa telah disambungkan ke Balai Polis Terengganu dan pengadu bercakap dengan seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai sarjan yang mendakwa mangsa telah terlibat dengan kes jenayah berat.

“Selepas itu, sarjan berkenaan meminta pengadu bercakap dengan pegawai atasannya yang kemudian memintanya mencari penjamin selain mengarahkannya memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun untuk wang jaminan mahkamah,” katanya yang dihubungi di sini, hari ini.

Susulan itu, Wazir berkata mangsa telah pergi ke sebuah bank di Mentakab dan memasukkan RM1,400 ke dalam akaun yang diberi oleh suspek.

Katanya, mangsa kemudian cuba menghubungi semula suspek namun gagal sebelum menyedari telah diperdaya dan membuat laporan polis, semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: pekerjascammer
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kehilangan Kabel TM: 5 Lagi Individu Ditahan

Next Post

Operasi Landasan Terbang 3 Di KLIA Ditutup Sementara

Related Posts

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

28/10/2024
0

PORT DICKSON: Seorang pekerja pemasang khemah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk...

‘Scammer’ Menyamar Anuar Zain

‘Scammer’ Menyamar Anuar Zain

13/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Penyanyi Anuar Zain memberi amaran kepada peminat supaya tidak mudah terpedaya dengan pihak yang menyamar sebagai dirinya. IKUTI...

Next Post

Operasi Landasan Terbang 3 Di KLIA Ditutup Sementara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd