• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pejabat Pos Dipecah Masuk, Wang RM25,000 Lesap

oleh AK-47
11/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Tiga lelaki melarikan wang tunai RM25,000 iaitu wang kutipan yang disimpan di dalam peti besi, selepas memecah masuk tingkat bawah Pejabat Pos Tanjung Rambutan, dekat sini, awal hari ini.

Kejadian itu disedari oleh seorang penyelia serahan yang tiba di premis berkenaan pada jam 7.10 pagi selepas mendapati bumbung bahagian belakang tempat letak motosikal dan pagar serta zink yang dijadikan dinding dipotong.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Mohd Ali Tamby berkata kira-kira sejam selepas menyedari kejadian itu, penyelia berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Rambutan.

Berdasarkan semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu, tiga lelaki yang menutup muka dan memakai topi memasuki premis itu kira-kira jam 3 pagi dan mereka menebuk peti besi berkenaan, katanya dalam kenyataan di sini.

“Hasil siasatan di lokasi kejadian, polis menjumpai dua kesan cap jari, peralatan pecah masuk iaitu alat pemotong dan dua pemutar skru serta kotak alat penggera yang dibuang ke dalam longkang berhampiran premis itu,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Mohd Ali, penyelia terbabit memaklumkan kepada polis bahawa kejadian itu adalah kali pertama berlaku dan wang dalam peti besi itu adalah hasil kutipan urusan pejabat itu. – BERNAMA

Tags: ACP Mohd Ali Tamby
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Lelaki Hampir Reput Ditemui Dalam Longkang

23/03/2018
0

IPOH - Mayat seorang lelaki yang masih belum dikenal pasti identiti ditemukan terapung dalam longkang berdekatan kawasan perindustrian Bercham di...

Keterangan Ragu, Lelaki Dakwa Disamun Ditahan

02/03/2018
0

IPOH - Seorang lelaki yang mendakwa dirinya disamun sehingga mengakibatkan kerugian wang syarikat berjumlah RM33,000 ditahan semalam kerana memberi keterangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd