• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Trump Urus Bayaran Tutup Mulut Bintang Porno

oleh Ahmad Albab
14/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON DC – Peguam peribadi Presiden Donald Trump menguruskan bayaran berjumlah AS$130,000 (RM517,063.08) kepada seorang bekas bintang lucah sebelum pilihan raya 2016.

Ini bagi menghalang aktres pornografi tersebut daripada cuba mendedahkan salah laku seksual pemimpin Amerika Syarikat (AS) itu, lapor akhbar The Wall Street Journal kelmarin.

Seorang pegawai Rumah Putih menafikan laporan di mana wanita dimaksudkan, Stephanie Clifford berkata, dia bertemu Trump dalam satu acara golf selebriti pada 2006, setahun selepas berkahwin dengan Melania.

Clifford atau nama pentasnya, Stormy Daniels, berkata, pertemuan itu berlaku beberapa ketika selepas itu, lapor akhbar, memetik sumber.

Peguam Trump, Michael Cohen menjadi orang tengah membuat pembayaran itu pada Oktober 2016, sebulan sebelum pilihan raya, di bawah perjanjian yang termasuk butiran tidak didedahkan, kata sumber.

“Ini adalah laporan lama yang dikitar semula, yang diterbitkan dan dinafikan sebelum pilihan raya,” kata seorang pegawai Rumah Putih.

Ketika kempen Presiden, satu pita video muncul mengenai Trump berbangga beliau boleh sewenang-wenangnya mencabul wanita tanpa didakwa.

Beberapa wanita menuduh pemimpin berusia 71 tahun itu melakukan salah laku seksual.

Trump menafikan semua tuduhan sebagai pembohongan dan malah mendakwa, ulasan pita itu dipalsukan.

Namun, bekas hos ‘Access Hollywood’, Billy Bush berkata, beliau dan tujuh yang lain menyaksikan Trump mengeluarkan kenyataan lucah itu. – AFP

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Claim’ Upin & Ipin Dari Indonesia: YouTuber, Wakil Muzium Tampil Mohon Maaf

‘Claim’ Upin & Ipin Dari Indonesia: YouTuber, Wakil Muzium Tampil Mohon Maaf

23/05/2026
0

SHAH ALAM – YouTuber Indonesia dikenali sebagai Frans Sanjaya bersama seorang wakil muzium dikenali sebagai Sadan tampil memohon maaf selepas...

‘Saya Sedar Tiada Manusia Yang Sempurna’ – PMX Anwar Luah Isi Hati

‘Saya Sedar Tiada Manusia Yang Sempurna’ – PMX Anwar Luah Isi Hati

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seei Anwar Ibrahim menzahirkan luahan hati muhasabah diri menerusi hantaran di media sosial hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd