• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai JPJ Selangor, 3 Lagi Direman 5 Hari

oleh Ahmad Albab
31/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menerima suapan daripada tiga syarikat pembinaan dianggarkan berjumlah RM14,000, tiga tahun lepas.

Turut direman bersama pegawai lelaki berumur 43 tahun itu bagi tempoh dan tujuan sama adalah tiga pengurus syarikat terbabit berumur 30, 41 dan 45 tahun.

Majistret Roslizi Sulaiman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman keempat-empat suspek itu sehingga Sabtu ini.

Keempat-empat individu terbabit tiba di kompleks mahkamah di sini kira-kira pukul 10.15 pagi dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Menurut sumber SPRM, pegawai JPJ itu ditahan di pejabat SPRM Klang pukul 2 petang semalam manakala tiga lagi ditahan di lokasi sama selepas itu antara pukul 2.30 petang hingga 4.45 petang.

Pegawai yang kini berkhidmat di Bahagian Pengujian Lesen Memandu JPJ Selangor itu didakwa memperoleh wang suapan secara bulanan antara RM100 dan RM1,800 daripada ketiga-tiga syarikat pembinaan itu selama setahun.

Dia melakukan perbuatan itu sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pegawai berkenaan didakwa melakukan perbuatan itu ketika bertugas di Stesen Timbang JPJ Kuala Selangor pada tahun 2015. – BERNAMA

Tags: remanSuapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Reman Semula Pendakwah, Ketua Jabatan Kewangan Disyaki Seleweng Dana RM1.3 Juta

SPRM Reman Semula Pendakwah, Ketua Jabatan Kewangan Disyaki Seleweng Dana RM1.3 Juta

06/02/2026
0

ALOR SETAR: Seorang pendakwah bebas sekali lagi direman bersama seorang Ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan sebuah institusi pusat pendidikan dan...

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

02/02/2026
0

KUALA TERENGGANU – Seramai 33 penyokong Selangor FC dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Isnin bagi proses permohonan reman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd