• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Terengganu Percaya Tidak Sertai PAS Jadi Kafir?

oleh AK-47
06/01/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Masih ada orang Islam di Terengganu percaya bahawa orang UMNO dan orang lain yang tidak menyertai PAS kafir,” dakwa Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dakwa beliau, itu antara sebab beliau mempersoalkan mengapa masih tiada golongan mufti menolak dakwaan PAS dan `Amanat Hadi’ (ucapan lama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang)

Dakwa bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu, jika mufti tidak menolak dakwaan PAS dan `Amanat Hadi’, maka mereka juga akan jadi kafir kerana tidak menyatakan penolakan terhadap amanat itu.

“Mufti tidak harus terlibat dalam politik, tetapi apabila agama diperalatkan untuk politik dengan mengelirukan orang Islam, amatlah penting dan menjadi tanggungjawab mufti memberi penjelasan sama ada pendapat orang politik itu benar-benar berasas kepada Islam.

“Hakikatnya jika orang bukan PAS temasuk saya dianggap kafir, maka mufti juga boleh dikatakan kafir kerana tidak menyertai PAS. Jika ‘Amanat Hadi’ diterima mufti bekerja dan menjadi pegawai dalam kerajaan kafir, benarkah?” dakwanya.

Beliau berkata demikian dalam satu surat yang ditujukan kepada akhbar Utusan Malaysia. Mahathir meminta Utusan Malaysia menyiarkan kandungan suratnya itu dalam akhbar berkenaan.

Pemimpin PAS hari ini menyangkal dakwaan Mahathir bahawa `Amanat Hadi’ menyatakan orang UMNO sebagai kafir sebaliknya cuma menjelaskan perkara yang boleh membatalkan syahadah sepanjang perimtahan Mahathir.

Ungkapan menghina Islam seperti kalau hukum potong tangan dilaksanakan maka kudung semua tangan orang Islam dan kalau laksana hukuman rejam, maka habis batu di jalanan antara ungkapan yang menjadikan seorang muslim jatuh kufur. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd