• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nelayan Langkawi Nikmati Bantuan Lebih RM3 Juta

oleh Ahmad Albab
14/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Kerajaan Persekutuan membelanjakan RM3,043,600 sebagai elaun sara hidup 839 nelayan aktif yang berdaftar menerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Langkawi sepanjang tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan negeri Datuk Suraya Yaacob hari ini berkata dalam tempoh sama, sejumlah RM866,000 turut diberikan untuk dana nelayan serta RM32,150 bagi tabung Skim Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan.

“(Melalui bantuan ini) Nelayan di Langkawi akan dapat memastikan bekalan ikan sentiasa ada dan kita tidak perlu lagi mengimport ikan dari luar,” katanya pada Majlis Penyampaian Elaun Sara Hidup Nelayan dan Jaket Keselamatan kepada anggota PNK Langkawi.

Beliau berkata bantuan dari kerajaan pusat yang dilengkapkan dengan skim bantuan kelolaan kerajaan negeri ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam membela nasib komuniti nelayan dan meningkatkan taraf hidup mereka.

“Bantuan-bantuan ini akan tetap diteruskan tetapi nelayan tidak harus bergantung semata-mata kepadanya. Nelayan juga perlu berfikir seperti usahawan supaya dapat menentukan harga kepada hasil tangkapan mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: Nelayan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd