• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib, Keluarga Masuk Ziarah Makam Rasulullah SAW

oleh AK-47
11/01/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYUKUR… Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarga diberi penghormatan oleh kerajaan Arab Saudi menziarah Makam Nabi Muhammad SAW sempena lawatan kerja lima hari ke negara itu.

“Alhamdulillah, semalam saya dan keluarga telah (diberikan peluang untuk) melawat Raudhah dan Makam Nabi Muhammad selepas solat fardu Isya’ di Masjid Nabawi (di Madinah).

“Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, telah pun memberi kebenaran untuk saya dan keluarga termasuk Bonda (Tun Rahah Mohammad Noah) memasuki makam Rasulullah.

“Kami bersyukur dapat memasuki makam Nabi Muhammad dan diberi penghormatan berbuat demikian kerana ia hanya diberikan kepada tetamu-tetamu istimewa Kerajaan Arab Saudi sahaja.

“Tidak ramai yang mendapat peluang tersebut (untuk masuk ziarah makam Rasulullah SAW pada Selasa),” kata Najib secara eksklusif menerusi akaun Facebook @najibrazak pada hari ini.

Baca: PM Bersyukur Diberi Peluang Khas Memasuki Kaabah

Makam baginda SAW itu terletak bersebelahan pusara khalifah Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al-Khattab dalam kawasan dikenali sebagai Raudhah di bawah kubah hijau kompleks Masjid Nabawi.

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata lawatan kerja Perdana Menteri ke Arab Saudi bermula semalam hingga 12 Januari ini adalah atas jemputan Raja Arab Saudi.

Menurutnya, lawatan kali kedua tersebut bertujuan membolehkan pemimpin kedua-dua negara berbincang isu-isu dua hala yang telah dipersetujui semasa kunjungan sulung baginda ke Malaysia tahun lalu.

Selain itu, adalah menjadi hasrat perdana menteri sendiri untuk turut menunaikan ibadah umrah semasa lawatan kerja berkenaan, jelas kenyataan pejabat tersebut lagi di Putrajaya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakNabi Muhammad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd