• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NADMA Kena Perluas Sistem Daftar Banjir Dalam Talian

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Agensi Pengurusan Banjir Negara (NADMA) disaran memperluaskan sistem pendaftaran banjir dalam talian bagi memudahkan pengurusan mereka apabila berlakunya bencana itu, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata sistem berkenaan, yang telah dilaksanakan di Kemaman, ternyata berkesan dalam membantu melancarkan pengurusan banjir di daerah itu.

“Mangsa banjir hanya perlu membuat pendaftaran semasa log masuk kerana kita sudah mempunyai rekod lama untuk dijadikan panduan. Rekod mangsa akan dikumpulkan di Pejabat Daerah Kemaman dan pada masa hadapan ia dianalisis dengan lebih terperinci.

“…saya rasa pihak NADMA bersedia mengambil kira menjadikan sistem ini sebagai sistem nasional semasa banjir. Data yang ada kelak membantu kita dalam merencana dan menjadikan perkhidmatan ini lebih baik pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita semasa melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok, hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Kemaman Supt. Mohd Said Ibrahim dan Pegawai Daerah Kemaman Mohd Zahari Md Azahar.

Ahmad Shabery yang juga Anggota Parlimen Kemaman turut mengucapkan tahniah kepada NADMA yang bersedia dengan pelbagai komponen semasa berlakunya banjir termasuk menyediakan tempat pemindahan mangsa yang selesa.

“Pusat pemindahan yang baik akan menggalakkan mangsa berpindah lebih awal…kali ini, ada penyediaan lampin, berus gigi dan tempat permainan untuk kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata selain menyediakan 48 pusat pemindahan, persediaan bekalan makanan juga dapat menampung 40,000 orang mangsa banjir di seluruh Kemaman. – BERNAMA

Tags: BanjirNADMA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd