• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mustapa Yakin Kehebatan Najib Akan Dihargai

oleh Ahmad Albab
29/01/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kehebatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam membangunkan negara akan dihargai rakyat, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa berkata kepimpinan Najib terbukti dalam memacu ekonomi negara dengan lebih pesat selain turut menjadi seorang pemimpin yang cakna kepada rakyat yang dipimpinnya.

“Kita merupakan contoh dan teladan (kepada negara-negara lain). Arab Saudi, Sri Lanka, Jepun nak belajar dengan kita.

“Justeru, kita nak pilih parti yang memimpin negara ini perkara yang serius, bukan perkara (tindakan) yang singkat,” katanya ketika berucap pada Majlis Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam Kerajaan Persekutuan dan Negeri di perkarangan Wisma Persekutuan di sini, hari ini.

Majlis yang dihadiri lebih 10,000 penjawat awam itu turut disertai Najib, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Dalam pada itu, Mustapa yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan (MTPNK) berkata ekonomi negara perlu berada dalam keadaan yang kukuh agar penjawat awam turut merasai faedah tersebut.

“Kita bukan negara bankrap (seperti yang didakwa sesetengah pihak). Ringgit naik kepada RM3.80 (sekarang) dan kita bersyukur kerana tak pernah dalam sejarah kita ada seorang pemimpin yang begitu cakna kepada kita (Kelantan).

“Justeru, penjawat awam perlu memilih dengan teliti untuk pastikan negara yang hebat ini, terus hebat di bawah kepimpinan Najib,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dato' Sri Mustapa MohamedDatuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd