• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mufti Perlis Bidas Pelajar Maahad Tahfiz

oleh Ahmad Albab
10/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALAS… Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin membidas pelajar sebuah maahad tahfiz di Beseri, Perlis kerana memuat naik status di Facebook yang mendakwa beliau mengarahkan penutupan maahad tahfiz tersebut.

Mohd. Asri berkata, beliau tidak faham mengapa pelajar tahfiz terbabit boleh menyebarkan fitnah berkenaan dan berpandangan perangai pelajar maahad tahfiz seperti itu perlu dididik.

“Saya difahamkan budak mengaji tahfiz yang buat fitnah ini. Macam mana la. Itu mengaji tahfiz tu. Dia tulis dalam Facebook.

“Kita telah panggil semua pelajar ini dan beri penerangan. Semua kata ok. Budak tahfiz ini kena dididik perangai,” katanya dalam satu rakaman video semalam.

Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial Mufti Perlis didakwa mengarahkan penutupan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat milik Yayasan Islam Perlis di Jalan Guar Jentik, Beseri.

Ia berikutan salah seorang pelajar maahad tahfiz itu menyindir Mohd. Asri di Facebook dengan menzahirkan ‘terima kasih’ kepadanya kerana ‘mempermudahkan’ urusan penutupan maahad tahfiz berkenaan.

“Maka mudahlah spesis mufti ini membiak dengan aman di negeri ini (Perlis). Terima kasih,” sindir pelajar tersebut lagi.

Mohd. Asri menafikan dakwaan pelajar itu dengan memaklumkan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat bukan ditutup, tetapi digantikan dengan kolej tahfiz selepas ia dibeli oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Kata beliau, MAIPs membeli maahad tahfiz tersebut kerana pengurusannya gagal memabayar gaji guru dan membiayai pelajarnya, malah saban tahun memohon bantuan daripada MAIPs.

“Pelajar tak ramai tapi (bil) air sampai berpuluh ribu (ringgit). Oleh itu kita buat keputusan beli sekolah tersebut. Tujuannya nak selesaikan gaji guru-guru terbabit,” katanya.

Bagaimanapun, kata beliau, pelajar maahad tahfiz tersebut tidak boleh diserapkan dalam kolej baru kerana maahad tahfiz adalah d ibawah program Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Jadi kita ambil pelajar baru. Pelajar Jakim kita pulangkan semula kepada Jakim.

“Kadang-kadang hairan ada orang nak tegakkkan, perjuangkan Islam. Tetapi membohong kuat. Dekat pilihan raya biasalah. Itupun dikatakan pejuang Islam,” katanya dipercayai merujuk kepada penyokong sebuah parti politik. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

Apakah Trump Dan Netanyahu Pemimpin Ahli Sunnah Wal Jamaah? – Mufti Perlis 

Apakah Trump Dan Netanyahu Pemimpin Ahli Sunnah Wal Jamaah? – Mufti Perlis 

07/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menegur sikap segelintir mereka yang berpegang kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd