• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apakah Trump Dan Netanyahu Pemimpin Ahli Sunnah Wal Jamaah? – Mufti Perlis 

oleh Mohd Arshad
07/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Apakah Trump Dan Netanyahu Pemimpin Ahli Sunnah Wal Jamaah? – Mufti Perlis 
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menegur sikap segelintir mereka yang berpegang kepada fahaman Sunni, namun dilihat cenderung menyokong tindakan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran hanya kerana negara itu berfahaman Syiah.

Beliau mempersoalkan sama ada Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu boleh dianggap sebagai pemimpin yang memperjuangkan kepentingan Ahlus Sunnah wal Jamaah.

Menurutnya, alasan bahawa Iran berfahaman Syiah tidak sepatutnya dijadikan justifikasi untuk menyokong tindakan atau serangan oleh negara luar terhadap sebuah negara Islam.

“Apakah AS dan Israel menyerang Iran kerana mereka Syiah atau kerana Iran dianggap sebagai negara Muslim?” katanya menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial hari ini.

Beliau turut mempersoalkan sama ada kemenangan kuasa yang dianggap menceroboh itu boleh dianggap sebagai sesuatu yang membawa kebaikan kepada umat Islam secara keseluruhannya.

Mohd. Asri berkata, walaupun terdapat perbezaan akidah dan pendekatan antara mazhab dalam dunia Islam, tindakan pengkhianatan, ketidakadilan dan pelanggaran kedaulatan sesebuah negara tidak wajar disokong.

“Jika diandaikan Iran sebuah negara Kristian sekalipun, apakah kita boleh bersetuju dengan pengkhianatan, tindakan tidak adil dan pelanggaran hak kedaulatan yang dilakukan ke atasnya?” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan umat Islam supaya tidak bersikap terlalu naif dalam menilai sesuatu isu geopolitik yang melibatkan negara Islam dan kuasa besar dunia.

Mohd. Asri turut mengimbas sejarah awal Islam apabila Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat bergembira dengan kemenangan Empayar Rom mengalahkan Parsi ketika itu kerana Rom yang beragama Kristian dilihat lebih hampir dengan umat Islam berbanding Parsi yang berfahaman Majusi.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa keadaan tersebut tidak menghalang umat Islam daripada akhirnya berdepan dengan Rom dalam beberapa siri peperangan selepas itu. – MYNEWSHUB

Tags: Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul AbidinIranIsrael
Share204Tweet127SendShare

Related Posts

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

Media Asing Lapor Harga Minyak Global Turun Selepas Iran Umum Buka Semula Selat Hormuz

Media Asing Lapor Harga Minyak Global Turun Selepas Iran Umum Buka Semula Selat Hormuz

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Harga minyak dunia dilaporkan merosot selepas Iran mengumumkan pembukaan penuh Selat Hormuz kepada semua kapal komersial sepanjang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd