• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MQA Mulakan Akreditasi 400 Program Diploma Kolej Vokasional

oleh Ahmad Albab
29/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) akan memulakan verifikasi dan akreditasi untuk 400 program diploma di Kolej Vokasional seluruh negara tahun ini, kata Ketua Pengawai Eksekutif agensi itu Datuk Dr Rahmah Mohamed.

Beliau berkata proses penilaian itu, yang mengambil masa tujuh bulan, merangkumi semakan menyeluruh kurikulum sedia ada, mengguna pakai beberapa kaedah penilaian dan pentaksiran baharu, meningkatkan kemahiran guru serta mengukuhkan lagi jaringan kerjasama dengan industri.

Katanya, program pengajian dan kelayakan itu perlu melalui proses jaminan kualiti selaras dengan standard dan kriteria yang ditetapkan dan mematuhi Kerangka Kelayakan Malaysia serta menepati sistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

“Pengiktirafan penuh dari MQA adalah amat penting bagi memastikan pelajar lepasan diploma kolej vokasional diberi peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Kita bertindak sebagai pemudahcara dan penilaian dilakukan meliputi pelbagai aspek.

“Ada permohonan yang tidak lulus, mungkin kerana tidak mematuhi kriteria ditetapkan. Semua aspek diberikan perhatian kerana kita mahu kandungan pengajian berkualiti…kita mahu kolej-kolej vokasional lahirkan graduan dan modal insan holistik yang mempunyai kemahiran dan diiktiraf industri untuk pasaran kerja tempatan serta antarabangsa,”katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2018 di Mercu MQA di sini, hari ini.

Rahmah berkata, pihaknya menerima 360 permohonan pada Disember tahun lalu dengan ia masih melalui proses penilaian meliputi klinik bimbingan, panduan dan latihan kemahiran sebelum penganugerahan akreditasi.

Terdahulu, dalam amanatnya, beliau meminta warga MQA supaya terus mengekalkan pengiktirafan agensi itu di persada antarabangsa terutamanya di rantau ASEAN sebagai agensi jaminan kualiti yang berwibawa dalam menjamin kualiti pendidikan tinggi negara.

Beliau juga melahirkan rasa bangganya kerana MQA disenaraikan bagi anugerah The PIEoneer Awards 2017.

“Ini pasti memperhebatkan lagi profil MQA dan promosi MQA di peringkat antarabangsa. Adalah menjadi tanggungjawab kita di semua peringkat untuk mengekalkan prestasi bagi mendapatkan pengiktirafan sebegini,” katanya. – BERNAMA

Tags: MQA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Program Latihan Kepolisan Dapat MQA

Program Latihan Kepolisan Dapat MQA

19/07/2024
0

Kuala Lumpur : Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Bahagian Latihan dalam proses mengorak langkah melahirkan sumber manusia kompeten...

2 Program Diploma Kebombaan Diperakui MQA

06/04/2022
0

Hulu Selangor : Dalam usaha menyemarakkan lagi agenda pengajian sepanjang hayat (PSH), Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah menawarkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd