• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Misi Sasar Temui Bangkai MH370 Dalam 30 Hari

oleh
25/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYDNEY – Syarikat eksplorasi persendirian, Ocean Infinity yang memulakan misi pencarian MH370 menyasarkan untuk menemui bangkai pesawat Malaysia Airlines itu dalam tempoh sebulan.

“Kami berharap boleh menemui kedudukan sebenar pesawat ini dalam bulan pertama pencarian. Malaysia memberikan masa selama tiga bulan untuk kami melakukan pencarian. Sekarang sudah masuk minggu pertama.

“Kita boleh dapat maklumat baharu dalam tempoh beberapa minggu,” kata pakar oceanografi agensi saintifik kebangsaan Australia CSIRO, David Griffin yang mengadakan pertemuan dengan pasukan Ocean Infinity.

Misi pencarian baharu itu berbekalkan peralatan analisis oceanografi dan kapal pencarian berteknologi tinggi, bagi mengesan pesawat Boeing 777 yang hilang pada 8 Mac 2014 ketika membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Operasi pencarian sudah bermula pada Isnin lalu, di kawasan paling pencil di Lautan Hindi sebelah barat Australia dengan harapan untuk menyelesaikan misteri paling hebat dalam industri penerbangan moden antarabangsa.

Sebelum ini, misi diterajui Australia ini sudah memeriksa kawasan seluas 120,000 kilometer persegi jauh di pesisir barat benua itu selama 28 bulan, namun tiada kesan pesawat terbabit dan misi dihentikan pada Januari tahun lalu.

Ocean Infinity bakal meraih insentif besar jika menemui pesawat itu kerana dalam perjanjian pencarian, mereka hanya akan dibayar AS$70 juta (RM274.01 juta), jika berjaya menemui pesawat terbabit dan kotak hitamnya.

Firma penerokaan dasar laut dari Amerika Syarikat itu menyewa Seabed Constructor, sebuah kapal canggih yang memulakan operasi dengan menggunakan Kenderaan Dalam Air Autonomi (AUV) pertama pada 22 Januari lalu.

Ia turut disahkan Ketua Pengarah Penerbangan Awam merangkap Ketua Pasukan Bertindak MH370, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman yang menjelaskan Ocean Infinity menyewa kapal penyelidikan moden dari Norway itu.

Penerbangan MH370 hilang dari radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China pada 2014. Kehilangan itu disifatkan sebagai antara yang paling menimbulkan misteri dalam sejarah penerbangan di dunia.

“Operasi pencarian adalah berdasarkan terma “no cure no fee” iaitu pembayaran hanya dibuat apabila serpihan pesawat tersebut ditemukan dalam tempoh masa 90 hari,” kata Azharuddin dalam satu kenyataan semalam.

Beliau menambah bahawa misi penjelajahan tersebut membabitkan sebanyak 65 kru pelbagai negara atas kapal berkenaan termasuk dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai wakil kerajaan Malaysia sendiri.

“Pasukan itu akan memaklumkan keluarga mangsa MH370 mengenai perkembangan terkini melalui mesej teks dan e-mel serta maklumat terkini menerusi laman web rasmi MH370,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Malaysia AirlinesMH370Ocean InfinityTLDM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam Di Perairan Pulau Perak

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam Di Perairan Pulau Perak

27/11/2025
0

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam di Perairan Pulau Perak Oleh Mynewshub  LANGKAWI, 27 November – Seorang individu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd