• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Masa Seminggu Atau Dedah Butiran Peribadi!” – Den

oleh
04/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETELAH pulang ke tanah air selepas terkandas di negara ‘Winter Sonata‘, Den Wahab dan Aziz M. Osman kini telah membuat laporan polis berhubung kes mereka ditipu ‘wakil’ agensi pelancongan.

Baca: Terkandas Di Korea: Den Wahab, Aziz M. Osman Ditipu

Menurut Den atau nama sebenarnya Zaharuddin Abdul Wahab, individu tersebut menyamar sebagai wakil agensi pelancongan itu turut ugut untuk tidak buat sebarang pembayaran balik yang berjumlah RM50,000 sekiranya pihak polis campur tangan dalam kes itu.

“Dia ada hantar mesej melalui WhatsApp untuk ajak berbincang tetapi pada tahap ini kami rasa tidak perlu lagi ruang bincang kerana permintaan secara baik dapat semula wang kami nampaknya tidak berhasil.

“Sudahlah kena tipu, dia juga berani mengugut kami agar tidak membuat laporan polis sekiranya ingin mendapatkan kembali wang kami,” ujarnya dipetik daripada mStar Online.

Den bersama dengan Aziz dan 22 lagi ahli rombongan mereka telah terkandas selama empat hari di Korea Selatan dan mereka sama sekali tidak akan termakan lagi dengan pujuk rayu individu berkenaan serta tetap melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

“Kami buat laporan polis ini bukan sahaja untuk menggesa dia tampil menyelesaikan masalah tetapi ingin memastikan tiada lagi pihak yang ditipu dengannya,” katanya lagi.

Seramai 15 ahli rombongan termasuk Aziz M Osman, serta Datuk Jalaluddin Hassan turut hadir di Balai Polis Mutiara Damansara pada petang tadi.

Difahamkan selepas tiga hari bercuti di sana, mereka telah diminta agar mengosongkan bilik penginapan dengan kadar segera kerana pihak agensi yang menguruskan kedatangan mereka tidak menerima sebarang bayaran daripada individu tersebut.

Bukan setakat terpaksa keluar daripada tempat penginapan, malah Den turut terpaksa mengeluarkan wang berjumlah RM40,000 untuk beli tiket penerbangan balik ke tanah air kerana tiket yang diberikan oleh individu tersebut merupakan tiket palsu.

Walaupun sudah ditipu, Den tetap memberikan tempoh masa selama seminggu kepada individu berkenaan agar segera memulangkan wang yang sudah diambil atau butiran peribadinya bakal dibongkarkan kepada umum.

“Saya ada semua salinan kad pengenalan, pasport selain gambarnya dan keluarga selain bukti perbualan di WhatsApp sekiranya dia masih berdegil untuk memulangkan wang kami.

“Kami beri dia tempoh seminggu untuk berbuat demikian atau kami akan dedah semua hal berkaitan dengannya,” ujarnya lagi yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan anak perempuannya pada November lalu.

Tambah Aziz pula, mereka berasa sangat bersyukur dan bertuah kerana pihak Arba Travel & Tours telah membantu bagi mereka meneruskan percutian walaupun mereka turut menjadi mangsa penipuan individu berkenaan.

“Baki tiga hari lagi kami di sana pihak merekalah yang menanggung semua perbelanjaan penginapan, makanan dan perkara berkaitan sebelum pulang ke tanah air.

“Jika tiada bantuan mereka entah apa nasib kami di sana tambahan pula kami semua bawa keluarga dan anak-anak,” ujarnya.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Arba Travel & Tours, Ammar Shahrin, pihaknya turut ditipu apabila individu berkenaan telah menyamar dan mengaku sebagai pembantu Aziz M Osman.

“Dia bukan ejen kami cuma dia perkenalkan diri sebagai pembantu Aziz untuk menguruskan percutian mereka di Korea Selatan.

“Tetapi kami tidak dapat proses perancangan percutian itu kerana langsung tiada bayaran dibuat kepada pihak kami,” katanya dengan penuh kekesalan.

Namun, pihak mereka masih lagi menghulurkan bantuan kepada rombongan Den dan Aziz agar mereka dapat menikmati percutian di sana sebelum pulang ke tanah air untuk menyelesaikan masalah ini.

Diharapkan perkara ini dapat diselesaikan kerana jumlah kerugian yang dialami agak besar dan dalam masa sama perkara ini turut dapat menjejaskan nama baik Arba Travel & Tours itu sendiri. – MYENWSHUB.CC/AH

Tags: artis kena tiputiputravel agency
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Seremban Diisytihar Status Bandar Raya Hujung 2018

Next Post

PAS Ingatkan DAP Pura-Pura Jadi Mesra Islam

Related Posts

Wanita Didakwa Tipu Urusan Pelaburan Mata Wang Asing RM500,000

Wanita Didakwa Tipu Urusan Pelaburan Mata Wang Asing RM500,000

19/02/2025
0

Kuala Lumpur : Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang ahli...

Pemilik Syarikat Tipu 5 Pemohon Tuntutan HUK PERKESO Didenda RM188,000

Pemilik Syarikat Tipu 5 Pemohon Tuntutan HUK PERKESO Didenda RM188,000

27/01/2025
0

BUTTERWORTH : Seorang pemilik syarikat didenda RM188,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah terhadap tujuh pertuduhan...

Next Post

PAS Ingatkan DAP Pura-Pura Jadi Mesra Islam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd