• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seremban Diisytihar Status Bandar Raya Hujung 2018

oleh Ahmad Albab
03/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seremban akan diisytiharkan menjadi sebuah bandar raya menjelang hujung tahun ini selepas proses pengabungan dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Nilai (MPN) dan Majlis Perbandaran Seremban (MPS), selesai dilaksanakan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata buat masa ini tiada suatu tarikh ditetapkan untuk pengisytiharan itu malah bangunan baharu yang akan dijadikan pejabat kepada kedua-dua PBT itu kini masih dalam proses ubah suai.

“Selepas ia siap, MPN dan MPS akan digabungkan untuk dijadikan bandar raya dan selepas itu nanti pengurusan untuk mengisytiharkan entiti baharu ini sebagai bandar raya akan dilakukan bila sudah mendapat satu tarikh yang sesuai.

“Tapi pengabungan ini perlu dilakukan terlebih dahulu dan pengabungan ini saya jangka akan dibuat selepas bangunan baharu dibeli siap diubah suai.

“Saya beritahu mereka tahun 2018 (untuk digabungkan)…awal tahun memang tak mungkin untuk diisytiharkan sebagai bandar raya tapi saya rasa penghujung tahun 2018,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini, hari ini.

Seremban sebelum ini sudah pun mendapat kelulusan untuk mencapai status bandar raya sejak tahun 2012 lagi, tetapi kerajaan negeri mahu memastikan segala kemudahan asas di bandar ini dapat dipenuhi. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamad HasanSeremban
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tok Mat: Negeri Sembilan Akan Cetus ‘Ombak Biru’ Seperti ‘Bangsa Johor’

Tok Mat: Negeri Sembilan Akan Cetus ‘Ombak Biru’ Seperti ‘Bangsa Johor’

31/07/2026
0

SEREMBAN – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Negeri Sembilan mungkin tidak mempunyai konsep "Bangsa Johor",...

PMX Anwar Pamer Bakat Menari Ala MGR

PMX Anwar Pamer Bakat Menari Ala MGR

30/07/2026
0

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja pandai berpidato meyakinkan rakyat, malah memiliki bakat terpendam menari ala...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd