• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Manifesto BN Kelantan Berteraskan Islam

oleh Ahmad Albab
07/01/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Manifesto yang sedang dirangka Barisan Nasional (BN) Kelantan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah berteraskan Islam bagi menyelesaikan pelbagai kemelut yang sedang dihadapi rakyat di negeri ini.

Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pembangunan yang akan dibawa oleh UMNO bukan berbentuk retorik dan semangat semata-mata bagi mengaburi mata rakyat untuk menang pilihan raya.

“Sebaliknya ia berbentuk holistik dan komprehensif berasaskan kemampuan yang ada,” katanya kepada pemberita pada majlis ramah mesra pemimpin bersama nelayan di Tok Bali di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau bersama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Datuk Zawawi Othman dan ADUN Selising, Zulkifli Ali menyertai perarakan lebih 100 bot nelayan sepanjang lebih satu kilometer di Terusan Semerak bermula di muara Tok Bali hingga Pelabuhan Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tok Bali.

Asyraf Wajdi yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata antara agenda yang akan dimasukkan dalam manifesto itu ialah pembangunan di kawasan Tok Bali yang berpotensi sebagai pusat pertumbuhan baharu ekonomi Kelantan.

Beliau berkata pelbagai projek ekonomi yang akan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat akan diwujudkan di kawasan itu menerusi rancangan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan projek Rel Laluan Pantai Timur (ECRL) dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

Katanya melalui projek tersebut, rakyat Kelantan terutama golongan muda tidak perlu lagi berhijrah ke negeri lain untuk mencari pekerjaan dengan meninggalkan ibu bapa yang sudah tua dan memerlukan penjagaan oleh anak-anak.

Sementara itu, Zawawi yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Pasir Puteh berkata lebih 1,000 nelayan di Tok Bali terutama nelayan tradisional yang berpendapatan rendah akan turut mendapat manfaat hasil limpahan pembangunan ekonomi itu.

Beliau berkata hasil tangkapan nelayan terbabit boleh dikomersialkan menerusi projek hiliran di bawah Industri Kecil dan Sederhana (IKS). – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusukimanifesto
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempelawa pimpinan dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd