• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Kes Samun Bunuh Pencuri Ditahan

oleh AK-47
04/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Mangsa kes samun yang bergelut sehingga menyebabkan seorang pencuri terbunuh ditahan hari ini bagi membantu siasatan dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Shahurinain Jais berkata mangsa berusia 32 tahun itu ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 10 Januari.

“Dia ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, lelaki berkenaan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah dan menerima lapan jahitan di kepala kiri serta dilaporkan dalam keadaan stabil, katanya.

Hasil laporan bedah siasat mendapati pencuri itu meninggal dunia akibat tikaman di bahagian leher.

Semalam, rumah lelaki berkenaan dimasuki pencuri melalui tingkap tandas belakang bersebelahan dapur sebelum pencuri itu bertindak memecahkan pintu bilik utama.

Mangsa yang berada di rumah ketika itu, kemudiannya diugut menggunakan pemutar skru untuk menyerahkan barangan berharga selain bertindak menggeledah bilik kedua dan ketiga rumah itu.

Kemudiannya dia dipaksa membuka pintu dapur untuk melarikan diri namun berjaya mencapai sebilah pisau pemotong sayur berukuran 22 sentimeter.

“Mangsa mengarahkan suspek (pencuri) untuk memulangkan semula barangan miliknya tetapi suspek enggan sehingga menyebabkan berlaku pergelutan di antara kedua-dua mereka,” kata beliau.

Hasil siasatan awal mendapati suspek (pencuri) mempunyai 14 rekod jenayah lampau termasuk kes dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA

Tags: ditahansamun
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd