• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di Terengganu Meningkat Mendadak

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Hari keempat banjir di Terengganu menyaksikan peningkatan mendadak jumlah mangsa banjir iaitu 1,001 orang daripada 264 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 329 orang (109 keluarga) malam tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu peningkatan jumlah itu disebabkan pembukaan lapan pusat pemindahan sementara (PPS) Kemaman, menjadikan jumlah keseluruhan 13 PPS beroperasi di Terengganu ketika ini.

PPS baharu di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok merekodkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 415 orang daripada 87 keluarga.

Tujuh PPS yang lain ialah Surau Pulau Tempurung (38 mangsa – tujuh keluarga), Dewan Orang Ramai Batu 14 (65 mangsa – 16 keluarga), Masjid Kampung Batu 14 (10 mangsa – tiga keluarga), SK Chukai (tujuh sekeluarga), Masjid Sungai Mas (20 mangsa – tujuh keluarga), Masjid Kampung Batu 16 Tebak (19 mangsa – enam keluarga) dan Dewan Sivik Felda Seberang Tayor (98 mangsa – 28 keluarga).

Empat PPS sedia ada pula kekal tidak berubah seperti malam tadi iaitu di Dewan Orang Ramai Teladas terdapat 21 mangsa (tiga keluarga), Surau Haji Othman di Kampung Seberang Tayor Hulu (18 mangsa – lima keluarga), Surau Kampung Ban Ho di Air Putih (26 mangsa – lima keluarga) manakala Kampung Pasir Gajah (12 mangsa – empat keluarga).

Di Dungun, jumlah mangsa banjir tidak berubah iaitu PPS Dewan Orang Ramai Kampung Shukor kekal menempatkan 175 orang (61 keluarga) manakala di Dewan Orang Ramai Pasir Raja menempatkan 77 orang (31 keluarga).

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu Shafruddin Ali Hussin berkata enam sekolah ditutup hari ini di Kemaman melibatkan 2,333 murid, 197 guru dan 31 anggota kumpulan pelaksana (AKP).

“Empat sekolah iaitu SK Pasir Gajah (213 murid), SK Tayor (199 murid), SK RKT Tayor (147 murid) dan SK Padang Kubu (264 murid) ditutup kerana laluan ke sekolah tidak dapat dilalui.

“SK Pusat pula ditutup kerana dinaiki air melibatkan 940 murid manakala SK Bukit Mentok (570 murid) pula ditutup kerana menjadi pusat pemindahan sementara mangsa banjir,” katanya. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd