• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di Pekan Terima Mesin Penapis Air

oleh AK-47
17/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebagai langkah prihatin bagi memastikan mangsa banjir terus menerima bekalan air yang terjamin bersih, sebuah mesin penapis air menggunakan teknologi membran ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Temai di daerah Pekan, Pahang.

Ketua Pemuda UMNO Pahang Mohd Shahar Abdullah berkata mesin penapis air itu yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara kawasan terbabit mempunyai kapasiti menapis dan membersihkan air untuk 1,000 pengguna dalam satu masa.

“Ia merupakan program tanggungjawab sosial korporat di antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Kementerian Pengajian Tinggi yang mana Pergerakan Pemuda UMNO Pahang bertindak sebagai penyelaras program. Mesin itu dipinjamkan oleh UTM bermula semalam (16 Jan) untuk kegunaan sepanjang musim banjir ini.

“Walaupun sekolah tersebut mempunyai sistem air paip namun kita hendak pastikan keselamatan dan kesihatan mangsa banjir sentiasa terjamin sepanjang berada di pusat pemindahan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Selain itu, Mohd Shahar berkata Pergerakan Pemuda UMNO Pahang juga telah melaksanakan operasi pasca banjir di semua daerah terjejas banjir di Pahang, baru-baru ini.

Seramai 3,000 anggotanya telah digerakkan ke daerah Kuantan, Temerloh, Maran, Rompin, Pekan dan Bera bagi membantu membersihkan rumah mangsa banjir, selain sekolah, dewan dan balai raya yang digunakan sebagai pusat pemindahan sementara.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Johor Hahasrin Hashim berkata pihaknya telah menyampaikan sumbangan makanan kering seperti biskut serta air mineral, beras dan gula kepada mangsa banjir di Mersing.

“Seramai 900 mangsa banjir daripada lebih 200 keluarga menerima sumbangan itu,” katanya.

Katanya pihaknya juga akan segera menggerakkan anggota bersama sukarelawan ke Segamat bagi program pasca banjir seperti membersihkan rumah mangsa dan kawasan awam yang terjejas selepas daerah itu pulih daripada banjir. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd