KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat sedikit kepada 126 orang ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) hingga 8 pagi ini berbanding 102 malam tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kol (PA) Zainal Yusof berkata daerah Raub kembali menempatkan mangsa banjir yang dipindahkan di dua PPS.
“Dua PPS itu ialah Surau RRM Cheroh yang menempatkan 10 mangsa daripada dua keluarga manakala Masjid Jamek Kuala Semantan menempatkan 14 mangsa daripada lima keluarga,” katanya.
Di Pekan, katanya dua lagi PPS masih beroperasi iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Temai yang menempatkan 93 mangsa daripada 24 keluarga.
Baki sembilan mangsa daripada dua keluarga pula ditempatkan di SK Acheh. – BERNAMA

