• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di Pahang Berkurang

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di Pahang mulai berkurangan kepada 7,988 orang yang ditempatkan di 49 pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga 6 petang ini berbanding 9,366 orang tengah hari tadi.

Menurut Protal Infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 32 PPS masih beroperasi di daerah ini yang menempatkan mangsa paling ramai membabitkan 6,456 orang.

“Daerah Pekan pula mencatatkan 1,278 mangsa yang ditempatkan di tujuh PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Merchong Jaya seramai 548 orang, Sekolah Sinar Mutiara Sungai Miang (414 orang), SK Permatang Keledang (224), Balai Raya Kampung Menchupu (65), Pusat Pemindahan Banjir Kampung Pulau Manis (13), SK Temai (12) dan dua orang di Balai Raya Kampung Tebat,” menurut portal itu.

Di Bera, empat PPS yang menempatkan 110 orang ialah SK Kuala Triang (62), SK Charuk Puting (22), Masjid Kampung Mengakarak (13) dan Masjid Kuala Bera (13).

Di Rompin pula, seramai 68 orang ditempatkan di dua PPS iaitu Balai Raya Rekoh (60) dan Balai Raya Kampung Mikang (lapan).

Dalam pada itu, seramai 40 mangsa di Maran ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian (31) dan SK Pesagi (sembilan).

Dua lagi daerah, masing-masing masih mempunyai satu PPS yang dibuka iaitu Dewan Serbaguna Jerantut Feri, Jerantut yang menempatkan 26 orang dan Dewan Bukit Kota, Lipis yang menempatkan 10 orang.

Sementara itu, tiga sungai utama di Pahang yang masih mencatatkan paras bahaya ialah Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran (19.4 meter), Kuala Sungai Chini, Pekan (15.5 meter) dan Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan (11 meter). – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd