• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 3,000 Daftar Sahabat GERAH SPRM Di Kedah

oleh AK-47
15/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Lebih 3,000 individu di Kedah mendaftar sebagai Sahabat Gerakan Revolusi Anti-Rasuah (GERAH) yang berfungsi sebagai medium penyaluran sebarang maklumat berkaitan rasuah, sejak pendaftarannya dibuka pada Ogos tahun lalu.

Ketua Unit Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, Ramley Supaat berkata mereka kebanyakannya terdiri daripada pemandu teksi dan bas serta berkhidmat di sektor kesihatan, pengangkutan dan perniagaan.

“Pendaftaran dibuka sepanjang masa kepada semua orang dan berumur 18 tahun ke atas dengan peranan dimainkan mereka sebagai mata dan telinga kepada SPRM untuk menyalurkan maklumat berkaitan perlakuan rasuah dan penyalahgunaan kuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program GERAH SPRM di Terminal Bas Shahab Perdana, di sini, hari ini.

Pada program itu, Ramley menyerahkan borang pendaftaran keahlian Sahabat GERAH kepada sebahagian pemandu teksi yang beroperasi di terminal bas berkenaan.

Ramley berkata mereka yang mendaftar sebagai Sahabat GERAH turut diberi kad keahlian, dan layak mendapat potongan harga ketika membeli belah di premis-premis tertentu.

“Seandainya mereka memberi maklumat yang tepat sehingga menyebabkan seseorang itu disabitkan dengan kesalahan, mereka akan mendapat ganjaran sewajarnya daripada SPRM…salurlah maklumat kepada kita dan jangan bimbang kerana kita tidak akan dedahkan identiti pemberi maklumat,” katanya.

Beliau berkata setakat ini, lebih 100 pemandu teksi dan bas di Alor Setar, Sungai Petani dan Langkawi mendaftar sebagai Sahabat GERAH dan jumlahnya dijangka meningkat dari semasa ke semasa.

“Kali ini kita fokus kepada pemandu teksi kerana mereka juga sentiasa berurusan dengan pihak berkaitan di mana kita rasa mereka boleh membantu kita dalam hal berkaitan rasuah dan salah guna kuasa oleh pihak tertentu,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Teksi Ampunya Pemandu Kereta Sewa Luar Bandar Kedah Utara (PERTEK), Midon Manap berkata program GERAH turut dapat mendekatkan pemandu teksi dengan SPRM bagi bersama-sama membanteras kegiatan rasuah yang dilihat semakin membimbangkan.

“Isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa patut dibanteras secara bersama dan tidak mengharapkan kepada SPRM sahaja…rasuah bukan sahaja salah di sisi undang-undang tetapi salah di sisi agama yang patut dibanteras daripada terus berkembang,” katanya. – BERNAMA

Tags: GERAHSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd