• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lapan Lelaki Positif Dadah Ditahan AADK Perlis

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Perlis menahan lapan lelaki setelah didapati positif dadah dalam serbuan berasingan di beberapa kawasan dekat sini malam tadi.

Menurut kenyataan AADK Perlis, dalam operasi bermula 8 malam Selasa hingga 3 pagi tadi di sekitar Arau, Padang Besar, Panggas, Guar Nangka dan Guar Musang itu seorang lelaki dan wanita warga Thailand turut ditahan kerana memiliki ubat batuk secara tidak sah.

“Semua lelaki berumur 17 hingga 50 tahun yang ditahan itu didapati positif dadah jenis methamphetamin,” katanya di sini hari ini.

Wanita Thailand dan lelaki masing-masing berumur 39 dan 38 tahun serta bekerja sebagai tukang masak itu pula ditahan di Kampung Guar Musang, kira-kira 10 malam tadi.

Pihak AADK turut merampas 1,297 botol ubat batuk, 150 bungkusan dan 59 botol besar cecair ketum.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan (APD R&P) 1983, manakala bagi kes warga Thailand, disiasat mengikut Akta Racun 1952. – BERNAMA

Tags: AADKdadah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

08/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Malaysia Aviation Group (MAG) mengarahkan kesemua 1,260 juruterbang Malaysia Airlines menjalani saringan dadah wajib sebagai...

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd