• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

K’jaan Kaji Undang-Undang Penyebaran Berita Palsu

oleh AK-47
28/01/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU- Kerajaan akan mengkaji untuk menggubal undang-undang berkaitan penyebaran berita palsu di media sosial berikutan kesannya yang membimbangkan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tambah Perdana Menteri lagi, tindakan tidak bermoral itu boleh mengancam kestabilan politik dan ketenteraman awam di mana rakyat boleh terpesong seperti membenci kerajaan dan merusuh hanya kerana terpedaya dengan berita palsu.

“Bukan kita mahu kawal internet. Internet masih bebas tetapi mesti ada unsur tanggungjawab.

“Malah, Barisan Nasional (BN) menjadi mangsa setiap kali pilihan raya dengan pelbagai penyebaran berita palsu.

“Sebelum ini, kita difitnah dengan berita membawa masuk 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh sedangkan perkara itu tidak benar sama sekali,” katanya pada sidang media di sini,hari ini selepas perjumpaan bersama penjawat awam di Wisma Persekutuan.

Beliau berkata demikian merujuk kepada keputusan Perdana Menteri Britain, Theresa May yang mahu menubuhkan sebuah unit baharu bagi meningkatkan usaha menangani penyebaran berita palsu dan menghalang kempen penyaluran maklumat tidak betul oleh negara lain.

Sebelum ini, Presiden Perancis, Emmanuel Macron mahu memperkenalkan satu undang-undang baharu yang mengharamkan berita palsu di internet ketika kempen pilihan raya negara itu berlangsung.-MYNEWSHUB.CC

 

Tags: berita palsuDatuk Seri Najib Tun RazakKelantan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama” – Kata UMNO Pekan

“Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama” – Kata UMNO Pekan

09/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Rahimi Abdul Samad menyifatkan pencapaian yang dicanangkan kerajaan semasa ibarat peribahasa...

Gambar Najib Bersama Proton Perdana 18,000 ‘Like’ Dalam Masa Singkat

Gambar Najib Bersama Proton Perdana 18,000 ‘Like’ Dalam Masa Singkat

07/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Gambar lama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di sisi kenderaan rasmi Proton Perdana ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd