• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keunikan Suria Hot Spring Bentong Gamit Warga Kota

oleh Ahmad Albab
10/01/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG – Bagi warga kota yang ingin melarikan diri daripada kesibukan bandar boleh memilih resort eRYA by SURIA Hot Spring Bentong yang dikelilingi suasana hijau Hutan Hujan Khatulistiwa sebagai destinasi percutian untuk merehatkan minda bersama keluarga dan rakan-rakan.

Terletak 69 km di utara Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Karak dan memakan masa kira-kira satu jam perjalanan dari ibu kota, pusat peranginan itu yang sering menjadi destinasi pilihan buat pencinta alam semula jadi, memberi jaminan mampu menawarkan pengalaman berbeza buat pengunjung.

Pengurus Operasi dan Khidmat Pelanggan eRYA by SURIA Hot Spring Bentong, Muhammad Rizal Tairan berkata, antara kegemaran utama para pengunjung apabila berada di resort itu adalah untuk menikmati kehangatan kolam air panas semula jadi, yang menjadi kemestian setiap orang sama ada tua atau muda.

Katanya pusat peranginan itu memiliki sebuah kolam air panas semula jadi yang bersuhu sekitar 43 darjah Celsius yang boleh digunakan secara percuma oleh penghuni resort manakala orang ramai yang bukan penghuni dikenakan bayaran minimum bagi menggunakan kemudahan yang disediakan khas itu.

“Menyedari kebaikan air bersulfur dari mata air panas, kami membenarkan pengunjung luar untuk menikmati kesegaran air kolam panas dengan bayaran berpatutan iaitu RM10 bagi dewasa, RM8 kanak-kanak dan RM6 bagi warga emas dan kelainan upaya,” katanya.

Kolam air panas ini dipercayai mampu membantu melancarkan pengaliran darah, mengurangkan tekanan dan memberi kesan positif kepada kulit, katanya.

Muhammad Rizal berkata bagi memastikan kualiti dan kebersihan kolam air panas itu terjamin, pihak resort sentiasa menapis dan menukar air sebanyak dua kali seminggu.

Menurutnya Suria Hot Spring Bentong telah beroperasi hampir tiga tahun, berkonsepkan mesra keluarga dan korporat menyediakan 80 bilik dengan pelbagai kemudahan mengikut jenis bilik termasuk khusus untuk pengunjung istimewa terdiri daripada Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Kami mempunyai 20 bilik deluxe quad, 39 bilik deluxe triple, 1 bilik deluxe triple ‘mesra OKU ’ dan 20 unit jacuzzi villa, yang berharga daripada RM230 hingga RM620 bergantung kepada jenis bilik,”katanya.

Katanya, bagi bilik deluxe, disediakan katil yang boleh memuatkan dua hingga empat orang selain bilik dilengkapi peti sejuk, televisyen, penyaman udara dan kemudahan wifi manakala bagi mereka yang menginap di unit villa, disediakan ‘jakuzi ’ peribadi untuk melengkapkan percutian ala eksklusif.

Muhammad Rizal berkata pihaknya juga menawarkan kemudahan ‘kursus pembinaan pasukan’ di dalam kawasan resort untuk pilihan bagi pengunjung berkumpulan yang mahu menjalankan program hari keluarga.

“Kami menyediakan aktiviti team building pelbagai seperti ‘tarzan swing’ , ‘balancing bridge’, ‘spider web’ dan kemudahan berbasikal bagi kanak-kanak dan juga dewasa,” katanya. Menurutnya Suria Hot Spring Bentong turut menyediakan empat jenis bilik mesyuarat bagi penganjuran majlis seperti seminar dan acara perkahwinan.

Sementara itu, seorang pengunjung Suria Hot Spring Bentong, Stefani Chua berkata beliau telah mengunjungi resort itu sebanyak tiga kali semata-mata untuk mandi di kolam air panas itu yang mampu menyegarkan badan.

“Ketika pertama kali saya datang ke sini, saya terus jatuh hati disebabkan suasana resort yang mendamaikan dan saya juga mengesyorkan ahli keluarga lain untuk mencuba kolam air panas di sini,” katanya.

Seorang lagi pengunjung, yang hanya mahu dikenali sebagai Nurul Hana berkata suasana dan kemudahan yang terdapat di pusat peranginan itu sesuai bagi lokasi percutian pendek bersama keluarga selain daripada harga yang berpatutan.

Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat dan membuat tempahan dengan menghubungi Suria Hot Spring Resort di talian 09-2210200 atau layari laman sesawang www.eryabysuria.com. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dapatkan Sumbangan Beli Tanah Untuk Kuil Haram Daripada Menyibuk Hak Muslim – Firdaus Wong

Dapatkan Sumbangan Beli Tanah Untuk Kuil Haram Daripada Menyibuk Hak Muslim – Firdaus Wong

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan mengapa Senator DAP, RA Lingeshwaran dan badan bukan...

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd