• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketepi Perbezaan, Cari Persamaan – Zahid

oleh Ahmad Albab
15/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Umat Islam negara ini perlu mengetepikan perbezaan pendapat dan mencari titik persamaan demi memastikan syiar Islam terus subur di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam situasi agama Islam di seluruh dunia diasak daripada pelbagai sudut dan berpecah-belah, beliau berkata umat Islam di negara ini perlu terus bersatu menentang asakan termasuk Islamofobia melalui contoh dan akhlak yang baik.

“Carilah titik pertemuan… cari titik persamaan melebihi titik perbezaan agar Islam terus menjadi agama syumul di negara kita,” katanya semasa berucap di Majlis Mahabbah Rasulullah 2018 di Masjid Al Bukhary, Jalan Hang Tuah, di sini malam ini.

Majlis kali kelima itu merupakan anjuran UMNO bahagian Bukit Bintang.

Ahmad Zahid turut mengingatkan walaupun mengikut jangkaan jumlah umat Islam dunia dijangka bertambah kepada tiga billion menjelang 2050, namun dikhuatiri ‘lenyap’ jika tidak mempunyai kekuatan.

“Kita khuatir ada hadis menyatakan di akhir zaman nanti umat Islam begitu ramai tetapi dikhuatiri menjadi seperti buih di lautan. Ertinya akan hilang kerana ditiup ombak atau angin di laut,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri memberi contoh terdapat negara Islam yang tidak menyokong resolusi menolak keputusan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel baru-baru ini.

“Kenapa keadaan ini berlaku? Kerana umat Islam dipecah-belahkan, dikuasai oleh satu kuasa yang menjadikan mereka lemah dan takut. Kita harap keadaan seperti ini tidak terjadi di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, majlis berkenaan dimulakan dengan zikir Wirdul’latif dipimpin Habib Ali Muhammad Al-Saggaf dan solat Maghrib berjemaah diimamkan Ahmad Zahid sendiri.

Maulana Al-Sheikh Afeefuddin Al-Jailani dan Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid kemudian menyampaikan ceramah dalam majlis yang dihadiri lebih 1,500 jemaah.

Majlis berakhir dengan jemaah berselawat beramai-ramai dan bacaan doa kesejahteraan sebelum menunaikan solat Isyak. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tuan Ibrahim Seru UMNO, PAS Kembali Bersama Muafakat Nasional 2.0

Tuan Ibrahim Seru UMNO, PAS Kembali Bersama Muafakat Nasional 2.0

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini secara terbuka menyeru kepada pembentukan gagasan...

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd