• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerusi Parlimen Pakatan Hanya Untungkan DAP

oleh AK-47
09/01/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – PAS menyifatkan keputusan terbaru pembahagian kerusi Parlimen antara parti komponen Pakatan Harapan (PH) hanya memberi kelebihan dan keuntungan kepada DAP.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata walaupun di atas kertas menyaksikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendapat agihan jumlah kerusi terbanyak namun hakikatnya DAP yang akan untung.

“Saya rasa ia di luar kemampuan PPBM untuk memenangi kesemua 52 kerusi yang akan ditandingi, sebaliknya untuk kalah itu besar dan akhirnya DAP juga yang akan dominan kerana mereka mempunyai pengundi tersendiri selain memiliki kerusi tradisi (potensi menang),” katanya.

Beliau berkata cara pembahagian kerusi tersebut mungkin strategi untuk meraih sokongan daripada pengundi Melayu dan seolah-olah menunjukkan bahawa DAP tidak dominan dalam PH.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian Watikah Pelantikan Anggota Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Kelantan 2018 di sini, hari ini.
​​​​​​​
Pakatan Harapan semalam mengumumkan pengagihan kerusi Parlimen akan ditandingi parti komponen itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) iaitu PPBM (52), Parti Keadilan Rakyat (PKR) (51), DAP (35) dan Parti Amanah Negara (PAN) (27), keseluruhannya 165 kerusi di Semenanjung Malaysia.

Berhubung langkah PH menamakan Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri jika pakatan itu memenangi PRU14, Mohd Amar berkata ia mencerminkan PH ketandusan calon yang berwibawa.

Beliau berkata strategi PH itu tidak akan menggugat kedudukan PAS dalam menghadapi PRU14 malah pertandingan tiga penjuru di sesetengah kawasan dianggap akan memberi kelebihan kepada PAS. – BERNAMA

Tags: DAPDatuk Mohd Amar Nik AbdullahPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd