KUALA LUMPUR – Jabatan Pengairan dan Saliran akan memulakan kerja-kerja sistem tebatan banjir di susur masuk Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) di Jalan Tun Razak (at-grade), 1202 A.
Dalam kenyataan hari ini, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas), pemegang konsesi AKLEH, berkata oleh demikian, laluan berkenaan akan ditutup secara berperingkat dari 11 malam hingga 4 pagi dari 12 hingga 14 Januari, 19 hingga 22 Januari dan 26 hingga 29 Januari.
Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihati menggunakan jalan alternatif untuk ke Jalan Tun Razak melalui Jalan Ampang dan Jalan Yap Kwan Seng.
Mereka juga dinasihati menggunakan Jalan Raja Muda Abdul Aziz dan Jalan Raja Abdullah untuk ke Jalan Sultan Ismail atau Kuala Lumpur City Centre.
Maklumat lanjut boleh didapati daripada laman sesawang Prolintas di alamat http://www.prolintas.com.my, laman Facebook Prolintas Highways atau dengan menghubingi talian 1-300-88-1012. – BERNAMA