• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AKLEH Tutup Mulai 11 Malam Sabtu Hingga 10 Pagi Ahad Depan

oleh Ahmad Albab
01/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) akan ditutup mulai pukul 11 malam pada Sabtu ini hingga 10 pagi Ahad sempena acara maraton Standard Chartered KL Marathon 2015.

2014-kl-marathon-start-line-630x420

Pengendali AKLEH iaitu Projek Lintasan Kota Sdn. Bhd. (Prolintas) berkata, penutupan melibatkan keseluruhan lebuh raya serta susur masuk dan keluar ke lebuh raya itu.

Kawasan terjejas termasuk susur masuk di Jalan Sultan Ismail (JS1), Jalan Raja Abdullah (JRA), Jalan Tun Razak Selatan (JTR3/JTR4), laluan masuk Parkir KLCC, Jalan Jelatek dari Kuala Lumpur (JJ 1), Jalan Jelatek dari Wangsa Maju (JJ 2).

Jalan Lingkaran Tengah 2 (JUK 2) berdekatan Hotel Flamingo, Jalan Kerja Air Lama dekat Petronas, Persimpangan Ahmad Razali (Jalan Ampang) dan Jalan Tun Razak Utara (JTR1).

Susur keluar pula melibatkan Jalan Sultan Ismail (JSI2), Jalan Ampang (Menara Sunway), Jalan Tun Razak Selatan (JTR2), Jalan Tun Razak Utara (JTR3), Parkir KLCC, Jalan Jelatek ke Wangsa Maju (JJ3), Jalan Lingkaran Tengah 2 (JUK 1) dekat Kuil Sikh, Jalan Kerja Air Lama (JKAL 1) dan Jalan Memanda 9 di Tiara Condominium. – BERNAMA

Tags: AKLEHmarathon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ribuan Peserta Marathon Berlari Dalam Udara Tercemar

18/10/2019
0

NEW DELHI - Puluhan ribu pelari telah mendaftar untuk mengambil bahagian dalam maraton di ibu negara India pada hari Ahad...

Mayat Lelaki Ditemui Di Lebuhraya AKLEH

30/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan separuh bogel di tepi sungai di Kilometer 1.1 Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd