• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Rakan Sebenar Rakyat – KSN

oleh Ahmad Albab
27/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan kini bukan lagi pengawal selia atau fasilitator tetapi rakan sebenar rakyat dalam usaha membina sebuah negara yang lebih hebat secara bersama-sama, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata untuk mencapai matlamat menjadi rakan lebih baik kepada rakyat, inisiatif dari peringkat bawah ke atas yang memberi penekanan pada aspek untuk mendengar dan belajar lebih banyak tentang keperluan rakyat merupakan satu kemestian.

“Inisiatif Transformasi Nasional 2050 atau TN50 kami berobjektif untuk berbuat demikian,” katanya dalam ucapan semasa merasmikan Seminar Bersama Ke-9 dan Sukan Perkhidmatan Awam Ke-40 bagi Pemimpin Sektor Awam Malaysia dan Singapura 2018 di Bandar Hilir di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Perkhidmatan Awam Singapura Leo Yip.

Acara tiga hari itu bermula semalam dihadiri 41 pegawai daripada Malaysia dan 33 pegawai daripada Singapura.

Ali berkata bagi tujuan sama, Anjakan Lautan Biru Kebangsaan juga amat penting bagi Transformasi Nasional Malaysia.

“Bersama-sama dengan syarikat berkaitan kerajaan, sektor swasta, ahli akademik, badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa dan rakyat secara amnya kami merumuskan dan membangunkan inisiatif-inisiatif strategik lautan biru kebangsaan yang berpaksikan pendekatan membabitkan kerajaan dan rakyat secara menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata penggunaan bukti lebih kukuh bagi perumusan dasar dan membuat keputusan, pembabitan dan permerkasaan rakyat; kerjasama sektor swasta dan sosial; dan pengurusan lebih baik bakat-bakat pelbagai peringkat generasi merupakan ciri-ciri yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan untuk kekal relevan. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Dr Ali Hamsa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Di Sebalik Pemindahan 22 Pegawai Tinggi Kerajaan Ke Intan

24/09/2018
0

PETALING JAYA - Keputusan untuk menempatkan 22 orang pegawai tinggi persekutuan daripada pelbagai peringkat ke Institut Tadbiran Awam Negara (Intan)...

Ali Harap Penjawat Awam Bertugas Penuh Dedikasi

28/08/2018
0

PUTRAJAYA - Tan Sri Dr Ali Hamsa menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) hari ini selepas enam tahun memegang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd