• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ali Harap Penjawat Awam Bertugas Penuh Dedikasi

oleh
28/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tan Sri Dr Ali Hamsa menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) hari ini selepas enam tahun memegang jawatan itu sejak 2012.

Beliau yang digantikan oleh Datuk Seri Dr Ismail Bakar, kelihatan ceria ketika bersalaman dengan ketua-ketua setiausaha kementerian, ketua-ketua perkhidmatan dan warga Jabatan Perdana Menteri di Perdana Putra, di sini.

Ali yang mengimbas kad perakam waktu buat kali terakhir di pejabatnya pada 5.15 petang tadi, turut bergurau senda dengan beberapa pegawai yang dianggap sebagai anak muridnya.

Terdahulu, Ali mempengerusikan mesyuarat khas ketua setiausaha kementerian dan ketua perkhidmatan yang merupakan mesyuarat terakhirnya sebagai KSN.

Sebelum itu, beliau turut menyampaikan nota serah terima tugas kepada Ismail yang disaksikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sementara itu, Ali dalam kenyataan hari ini berharap penjawat awam meneruskan khidmat berlandaskan kepada prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, serta sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi kepada kerajaan semasa.

Menurutnya, dedikasi dan integriti perkhidmatan awam adalah penting.

“Kami sentiasa menjalankan amanah sebaiknya dalam mentadbir negara dan menjaga kebajikan rakyat.

“Ini dibuktikan melalui beberapa siri tindakan yang telah diambil sebelum ini terhadap usaha-usaha untuk menjejaskan pentadbiran kerajaan,” katanya.

Beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Dr Mahathir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta seluruh anggota jemaah menteri yang telah bersama-sama berganding bahu dalam meletakkan institusi pentadbiran negara ke tahap lebih tinggi.

Ali juga menyatakan penghargaan kepada Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin dan seluruh anggotanya atas nasihat dan pandangan yang diberikan dalam memastikan tadbir urus kerajaan di landasan terbaik

“Terima kasih juga kepada seluruh anggota perkhidmatan awam atas kerjasama dan sokongan dalam memberi sumbangan kepada negara,” katanya.

Ali turut mengucapkan tahniah kepada Ismail atas pelantikannya sebagai KSN yang ke-14 dan berharap penggantinya itu dapat menjalankan tugas sebaik mungkin dan meneruskan rekod cemerlang Pejabat KSN. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Dr Ali Hamsa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Di Sebalik Pemindahan 22 Pegawai Tinggi Kerajaan Ke Intan

24/09/2018
0

PETALING JAYA - Keputusan untuk menempatkan 22 orang pegawai tinggi persekutuan daripada pelbagai peringkat ke Institut Tadbiran Awam Negara (Intan)...

Ali Hamsa Enggan Ulas Persaraan

17/08/2018
0

PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, belum bersedia untuk mengulas mengenai desas desus persaraannya apabila kontrak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd