• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Hormat Keputusan Tempoh Penjara Anwar

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan akan hormati keputusan mahkamah dan Jabatan Penjara mengenai tempoh hukuman penjara yang dikenakan keatas Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Tempoh sesuatu hukuman harus dihormati semua pihak,” kata Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri ketika diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Wan Azizah Ismail bahawa suaminya akan dibebaskan pada 11 Jun ini.

Beliau juga kata tarikh yang disebut oleh Wan Azizah itu adalah ‘tarikh yang dijangka’.

Wan Azizah menyebut hal berkenaan dalam sebuah sidang akhbar di konvensyen wanita Pakatan Harapan di Kajang, semalam (Sabtu).

Jika benar Anwar bakal dibebaskan pada tarikh 11 Jun itu, maka dia hanya menjalani dua pertiga daripada tempoh hukuman yang ditetapkan sebelum ini.

Namun difahamkan, pembebasan pada tarikh berkenaan bergantung kepada beberapa faktor seperti berkelakuan baik dan sebagainya.

Bagaimanapun, mengikut undang-undang,  banduan tidak dibenarkan bertanding pilihanraya untuk tempoh lima tahun selepas dibebaskan.

Dalam pada itu Zahid berkata jika pilihan raya dijadualkan untuk diadakan lebih awal, ianya “agak terlewat” bagi Anwar untuk ‘dinaikkan’ sebagai ketua pemimpin parti pembangkang.

“Jika ‘hari besar’ itu dibuat lebih awal, mungkin agak terlewat untuk menjadi tokoh penting negara,” kata Zahid lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Anwar IbrahimHukuman Penjara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mendakwa sebanyak 43 surat telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd