• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Rayuan Indira Gandhi Pada 29 Januari

oleh AK-47
18/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan menetapkan 29 Jan ini untuk menyampaikan keputusan rayuan guru tadika M. Indira Gandhi berhubung penukaran agama tiga anaknya kepada agama Islam oleh bekas suaminya, seorang mualaf.

Panel lima anggota hakim Mahkamah Persekutuan terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Zainun Ali, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Ramly Ali, mendengar rayuan itu pada November 2016 dan menangguhkan keputusannya.

Dalam mesej teks kepada Bernama, Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan mengesahkan Jabatan Peguam Negara telah menerima notis daripada pendaftar Mahkamah Persekutuan pada Selasa (16 Jan) yang memaklumkan keputusan itu akan disampaikan pada 9 pagi 29 Jan.

Peguam M. Kulasegaran yang mewakili Indira Gandhi, juga menerusi mesej teks, mengesahkan menerima notis serupa.

Indira Gandhi, 42, merayu terhadap keputusan majoriti 2-1 MahkamahRayuan pada 30 Dis 2015, untuk mengembalikan semula sijil penukaran agama tiga anaknya yang dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh.

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi Sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat keputusan berkaitan kesahihan penukaran agama kanak-kanak itu yang menurutnya terletak di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah.

Mahkamah membenarkan rayuan yang dikemukakan oleh pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Kerajaan Perak dan Pendaftar Mualaf, Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Malaysia, untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh bahawa sijil penukaran agama tiga kanak-kanak itu adalah batal dan tidak sah.

Mahkamah Persekutuan, dalam prosiding rayuannya, mendengar penghujahan berkaitan beberapa isu termasuk sama ada hanya keizinan ibu atau bapa sahaja yang diperlukan untuk menukar agama kanak-kanak bawah umur kepada Islam.

Peguam Kanan Persekutuan Dr Arik Sanusi Yeop Johari berhujah bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2007 dalam kes penjagaan R. Subashini lwn T. Saravanan menegaskan bahawa seorang ibu atau bapa boleh menukar agama anak mereka kepada Islam.

Bagaimanapun, peguam Fahri Azzat, mewakili Indira Gandhi, berkata ibu dan bapa mesti memberi keizinan mereka berdua untuk anak-anak mereka menukar agama kepada Islam sebelum Jabatan Agama Islam Perak boleh mendaftarkan penukaran agama anak mereka.

Kanak-kanak berkenaan, dua perempuan dan seorang lelaki, masing-masing kini berumur 20, 19, dan sembilan tahun, ditukarkan agama kepada Islam oleh bapa mereka, Muhammad Riduan Abdullah, 47, sebelum ini dikenali sebagai K. Pathmanathan, pada April 2009 tanpa keizinan Indira Gandhi selepas dia memeluk Islam. Kanak-kanak berkenaan ketika itu masing-masing berumur 12 dan 11 tahun, serta 11 bulan. – BERNAMA

Tags: Indira Gandhi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Tak Kisah Anak Muslim, Cuma Mahu Dia Kembali”

01/02/2018
0

PASRAH... M. Indira Gandhi reda jika anak perempuan bongsunya, Prasana Diksa mahu kekal menjadi Muslim, waima Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd