• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemajuan Negara: Peranan Wanita Penting

oleh AK-47
18/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sesebuah negara tidak akan maju dan berjaya sekiranya peranan wanita dikesampingkan dalam arus pembangunan negara.

Beliau berkata banyak negara selama ini tidak menunjukkan komitmen mereka untuk memperkasakan wanita tetapi sudah menyedari bahawa kalau wanita dikesampingkan maka negara berkenaan tidak mungkin berjaya.

Berucap ketika melancarkan logo dan jenama Tahun Memperkasa Wanita 2018 (TMW2018) di sini hari ini, Najib berkata kerajaan pimpinannya komited memperkasakan wanita agar golongan itu mendapat lebih peluang, ilmu semakin luas dan dilibatkan secara lebih menyeluruh dalam proses membuat keputusan sama ada sektor awam atau swasta

“Sebagai sebuah kerajaan, kita beriltizam untuk sentiasa meninggikan peranan dan martabat wanita di dalam negara. Rekod kita adalah sangat baik dalam hal ini tetapi kita belum lagi puas hati (dengan pencapaian itu).

“Apatah lagi, dalam era globalisasi dan Revolusi Industri 4.0, maka peranan wanita semakin penting,” katanya.

Najib berkata beliau telah mengumumkan 2018 adalah Tahun Memperkasa Wanita pada pembentangan Bajet 2018, yang akan merangkumi empat program iaitu literasi pelaburan, Malaysia Women Made, Impact 4 Humanity dan Revolusi Industri 4.0.

Beliau berharap program yang dirancang bagi memperkasa wanita dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan sokongan semua pihak termasuk badan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak wanita.

“Saya yakin dan percaya jika semua program ini dilaksanakan dengan sepenuhnya, kita akan dapat menyaksikan peningkatan wanita dalam konteks arus pembangunan negara kita.

Kita juga tidak lupakan untuk memberi tumpuan kepada kumpulan B40 supaya salah satu daripada program adalah untuk melonjakkan pendapatan mereka dalam masa yang singkat,” katanya.

Kumpulan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah dengan pendapatan bulanan RM3,900 dan ke bawah.

Najib pada majlis itu turut menyampaikan sijil kepada dua ikon TMW2018 iaitu Puteri Diraja Selangor, Datin Paduka Setia Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan pemilik Fashion Valet, Datin Vivy Yusof sebagai penggerak dan pemacu di atas pencapaian cemerlang dalam bidang kesukarelawan dan keusahawan.

Ahli perniagaan dan selebriti Neelofa Mohd Nor turut dilantik sebagai ikon TMW2018 namun tidak hadir hari ini.

Turut hadir pada majlis hari ini ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, menteri-menteri kabinet dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

Kumpulan Koir LimKokWing University of Creative Technology turut mendendangkan lagu rasmi TMW2018 – Women of Tomorrow. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin meluahkan rasa kesal terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd