Tuesday, May 14, 2024

Creating liberating content

Perjanjian Kerjasama PH-PPBM Sukar...

NIBONG TEBAL - UMNO Pulau Pinang menyifatkan perjanjian kerjasama antara Parti Pribumi Bersatu...

1MDB: Jangan Harap Pemimpin...

KUALA LUMPUR - Pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diminta tidak bersikap lepas tangan...

Najib Menang Ketua UMNO...

KUALA LUMPUR - Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah antara...

Jaringan hatrik Safiq Bantu...

KUALA LUMPUR - Kapten pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim melakar jaringan...

Keio Plaza Hotel Tokyo Anjur Pameran Hina-Matsuri

KUALA LUMPUR – Sebanyak 6,800 anak patung berhias dan comel buatan tangan serta barangan perhiasan tradisonal lain akan dipamerkan bersempena Hina-matsuri atau Festival Anak Patung Perempuan Tradisional Jepun dari 1 Feb hingga 29 Mac di Shinjuku, Tokyo, Jepun.

Pameran yang dihoskan Keio Plaza Hotel Tokyo itu juga akan menyediakan satu sudut khas di lobi hotel berkenaan untuk memberi maklumat kepada pengunjung tentang sejarah dan tradisi membakar setanggi masyarakat Jepun pada Zaman Asuka, yang pada asalnya menjadi sebahagian daripada agama Buddha dari negara lain.

“Untuk mengimbau kembali pelbagai haruman setanggi yang digunakan pada tempoh tertentu sepanjang zaman itu, sebuah syarikat lama dan ternama, Yamadamatsu Incense-wood Co., Ltd. di Kyoto dan Kyoto City, akan turut menyertai pameran itu bagi mempamerkan barangan kraf tradisional dan kayu wangi-wangian bagi menghidangkan kepada pengunjung sejarah budaya Jepun.

“Kami juga akan mengadakan bengkel khas untuk para tetamu agar mereka boleh mempelajari tentang budaya Jepun berkaitan uncang wangi-wangian yang sering dibawa wanita Jepun, dari 11 pagi hingga 4 petang pada 15 Feb. Setiap peserta dikenakan bayaran JPY1,000,” kata hotel itu dalam kenyataan hari ini.


Di samping itu, anak patung tradisional diperbuat daripada kayu, Mataro, yang terdapat di Kuil Kamikamo, juga akan dipamerkan bersama-sama hiasan gantung penuh berseni setinggi 3.3 meter di lobi utama hotel berkenaan untuk menyambut kedatangan tetamu.

Tetamu dari seluruh dunia pasti akan kagum dengan kehebatan pameran ini, yang menawarkan peluang terbaik bagi mereka untuk merakamkan gambar sebagai kenang-kenangan ketika mengunjunginya, kata kenyataan itu. – BERNAMA

Kategori