• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kehilangan Mata Wang Asing RM8.3j, Tiga Lelaki Diberkas

oleh Ahmad Albab
29/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan kes kehilangan mata wang asing yang dianggarkan bernilai RM8.3 juta milik sebuah syarikat pemborong mata wang dalam dua tangkapan berasingan di ibu negara pada Sabtu dan semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata suspek yang masing-masing berusia 33, 41 dan 43 tahun itu ditangkap selepas polis menerima laporan daripada syarikat pemborong mata wang terbabit pada Jumaat lepas.

“Ketiga-tiga mereka bekerja sebagai ‘runner’ untuk syarikat pengurup wang dan kesemua suspek direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Difahamkan, seorang pekerja syarikat pemborong berkenaan ditugaskan untuk mengedarkan mata wang Thailand bernilai 85 juta baht kepada beberapa syarikat pengurup wang, namun wang itu tidak sampai kepada pengurup terbabit.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan tentang kebimbangan syarikat pengurup wang akan mengalami kekurangan bekalan mata wang asing untuk diniagakan susulan kes berkenaan. – BERNAMA

Tags: Datuk Mazlan Lazim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tangkapan Insiden Kuil Kini 102 Individu

06/12/2018
0

SHAH ALAM - Polis menahan tiga lagi individu untuk membantu siasatan kes rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25,...

Samun Di Kuchai Lama: Suspek Bekas Tahanan Poca

22/11/2018
0

KUALA LUMPUR — Suspek lelaki yang ditahan dalam kejadian samun kedai emas dan mengakibatkan lima penjenayah ditembak mati di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd