• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kegiatan Gengster Kalangan Pelajar Di Sabah Terkawal

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kegiatan kumpulan gengster dalam kalangan pelajar di Sabah masih terkawal, namun pemantauan ke atas mereka akan terus dipertingkatkan bagi mengelak perkara tidak diingini.

Sehubungan itu, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Sabah SAC Ahmad Fadzillah Mohamed berkata pihaknya telah melantik pegawai perhubungan sekolah dalam kalangan anggota polis bagi memantau semua sekolah di negeri ini.

“Tiada sekolah di Sabah yang kami kategorikan sebagai ‘hotspot’ iaitu sekolah bermasalah dari segi disiplin seperti aktiviti gengster.

“Namun kalau ada sekolah bermasalah, anggota yang bertugas akan berbincang bagi menangani sebarang kes membabitkan pelajar termasuk memberikan khidmat nasihat dan ceramah mengenai pencegahan jenayah,” katanya kepada pemberita selepas program Kembali Ke Sekolah di Sekolah Tinggi Kota Kinabalu di sini hari ini.

Beliau berkata usaha untuk menempatkan pegawai perhubungan sekolah ini merupakan kerjasama polis dengan pihak sekolah untuk mencegah dan membendung jenayah membabitkan pelajar sekolah.

Mengulas mengenai program itu, Ahmad Fadzillah berkata program anjuran Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Sabah itu bertujuan untuk menyampaikan nasihat kepada para pelajar agar tidak terlibat dengan salah laku jenayah.

“Kami memilih Sekolah Tinggi Kota Kinabalu untuk melancarkan program ini yang akan diadakan di semua sekolah di negeri ini melalui pegawai perhubungan sekolah,” katanya.

Sementara itu, Pengetua Sekolah Tinggi Kota Kinabalu Lim Lai Hong berkata seramai 2,011 pelajar akan memulakan sesi persekolahan di sekolah berkenaan hari ini.

“Saya berharap program ini akan membantu pihak sekolah dalam usaha pencegahan jenayah dalam kalangan pelajar dan saya sangat mengalu-alukan kehadiran pegawai perhubungan sekolah untuk memberi khidmat nasihat dan kerjasama memantau segala kegiatan jenayah di sekolah ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kongsi GelapSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan khas secara tetap bagi Pegawai Perubatan Gred UD10 untuk mengisi...

Konsert Israel Houghton Wajar Dibenarkan, Hormati Hak Kebebasan – Shafie Apdal

Konsert Israel Houghton Wajar Dibenarkan, Hormati Hak Kebebasan – Shafie Apdal

03/10/2026
0

KOTA KINABALU - Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berpendirian konsert yang dicadangkan oleh artis Kristian dari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd