• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kediaman Uzur PDRM Akan Dibaik Pulih – TPM

oleh AK-47
26/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua berek kediaman anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara yang uzur perlu dibaik pulih dan dilengkapi kemudahan asas mengikut Dasar Perumahan Negara 2.0.

Berita gembira itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, sebagai permulaan, sebanyak RM13 juta diperuntukkan untuk Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras.

“Keperluan asas kediaman anggota PDRM melibatkan penambahbaikan 15 blok berek anggota PDRM dan ia perlu ikut Dasar Perumahan Negara 2.0 iaitu menambah dua bilik kepada tiga bilik.

“Selain itu, kemudahan pusat ibadah seperti masjid dan surau selain kemudahan rekreasi juga perlu ditambah baik,” katanya kepada pemberita selepas melawat Briged Tengah PGA Cheras di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata beliau juga akan berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyediakan kediaman anggota polis di kawasan yang kos sewa rumahnya tinggi.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, pihak kerajaan juga akan membina sebuah kampus Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang dikhaskan untuk anak pegawai dan anggota polis sahaja.

Menurutnya, MRSM berkenaan berteraskan silibus Ulul Albab Imtiaz dengan hasrat untuk menjadikan anak polis yang belajar di situ ada kemahiran hafal al-Quran dan huffaz dan dalam masa sama sebagai golongan profesional.

Terdahulu, Ahmad Zahid menyaksikan majlis menandatangani nota kerjasama antara PDRM dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Maktab PDRM Kuala Lumpur.

Turut hadir menyaksikan pemeteraian nota kerjasama yang ditandatangani Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim itu ialah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.

Ahmad Zahid kemudiannya melancarkan PDRM Night Run 2018 yang akan diadakan pada 17 Mac di Dataran Merdeka bersempena sambutan Hari Polis Malaysia ke-211. – BERNAMA

Tags: PDRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

20/04/2026
0

SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam serta peruntukan-peruntukan yang termaktub...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd