• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Kerjasama Dengan FAMA Tambah Pasar Tani

oleh Ahmad Albab
14/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kerajaan negeri sedia bekerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi menambah bilangan pasar tani kekal yang terdapat di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata pihaknya bersedia menyediakan tapak untuk pasar tani kekal tersebut dengan proses pembinaan yang akan diuruskan FAMA sendiri.

“Pasar tani kekal itu akan memberi lebih keselesaan kepada peniaga dan pengguna serta ia akan beroperasi pada setiap hari berbanding pasar tani biasa yang hanya dibuka sekali hingga tiga kali seminggu.

“Saya lihat projek ini akan membantu peniaga-peniaga kecil untuk memasarkan produk jualan mereka di dalam satu bangunan yang disediakan kerajaan dan FAMA,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Tani Taman Wira Mergong di sini, hari ini.

Hingga kini, Kedah mempunyai empat pasar tani kekal iaitu di Guar Chempedak, Changlun, Sungai Petani dan Kuala Kedah.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan keperluan asas kepada 400 keluarga yang dipilih oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kawasan itu dan berjumpa dengan imam surau.

“Saya telah berbincang dan mendengar permasalahan yang diutarakan oleh imam dari enam surau yang berada di sekitar kawasan ini. Saya akan membantu menyelesaikan masalah mereka dari segi pengurusan dan penambahbaikan surau-surau tersebut,” katanya. – BERNAMA

Tags: FAMA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

21/09/2023
0

Kuala Lumpur : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan meningkatkan jumlah jualan beras putih tempatan sebanyak dua kali ganda kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd