• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebakaran Jejas Lapangan Terbang Khon Kaen Thai

oleh AK-47
26/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Terminal penumpang lapangan terbang Khon Kaen di wilayah Isan timur laut Thailand, terpaksa ditutup selepas berlaku kebakaran awal pagi Jumaat, lapor agensi berita Thailand (TNA).

Anggota bomba mengambil masa hampir sejam untuk mengawal kebakaran. Kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu dipercayai bermula akibat letupan di sebuah bilik jana kuasa yang terletak di tingkat tiga terminal itu, sebelum merebak ke bahagian lain.

Lebih 10 jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Kejadian menyebabkan kira-kira 2,000 penumpang terkandas dan 16 pernerbangan tergendala. Penerbangan terpaksa dialihkan ke lapangan terbang Udon Thani yang terletak kira-kira 120 kilometer di wilayah Khon Kaen.

Punca kejadian sedang disiasat.

Gabernor Khon Kaen, Somsak Jangtrakul berkata, terminal penumpang itu dipenuhi asap tebal dan kerja-kerja mengurangkan asap sedang dijalankan.

“Hanya bilik jana kuasa yang mengalami kerosakan. Bilik kawalan trafik udara tidak terjejas,” katanya.

Beliau berharap lapangan terbang dapat kembali beroperasi seperti biasa pada Jumaat.

Tiada sebarang kecederaan atau kematian dilaporkan setakat ini. – BERNAMA

Tags: kebakaranTerminal penumpang lapangan terbang Khon Kaen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd