• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Mangsa Banjir Di Segamat Meningkat

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat dan Mersing terus meningkat kepada 118 orang setakat 8 pagi ini berbanding 95 orang malam tadi berikutan hujan renyai berterusan sejak semalam sehingga kini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Datuk Ayub Rahmat berkata di Mersing, sebanyak 28 orang daripada tujuh keluarga dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Air Papan sementara 34 orang daripada lapan keluarga ditempatkan di Balai Raya Kampung Tenglu.

Selain itu, satu lorong di Jalan Telok Arong (J214) di daerah berkenaan ditutup untuk lalu lintas akibat runtuhan cerun namun sebelah lorong lagi masih boleh digunakan trafik, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Di Segamat, katanya jumlah mangsa banjir di Balairaya Gemereh Balai Badang adalah sebanyak 46 orang daripada 14 keluarga manakala Balairaya Kampung Pogoh Tengah menempatkan 10 orang daripada dua keluarga.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran cuaca buruk di daerah Segamat, Mersing, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Kulai manakala amaran cuaca waspada di daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian. – BERNAMA

Tags: Johormangsa banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

21/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekalan air di Johor masih berada dalam keadaan terkawal meskipun paras Empangan Machap menunjukkan penyusutan susulan cuaca...

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

11/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Penganjuran Johor Super Crown Polo membuka potensi pelaburan bernilai ratusan bilion untuk Johor, menurut Pemangku Sultan Johor,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd