• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JKR Pahang Perjelas Kelewatan Baiki Jambatan Gantung

oleh Ahmad Albab
03/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang hari ini memberi penjelasan berhubung kelewatan kerja membaiki jambatan gantung Pamah Aur di Lipis, antaranya ia memerlukan tempoh tertentu atas faktor prosedur dan penilaian aspek teknikal.

Menurut sumber JKR, langkah untuk membaiki jambatan itu sebenarnya telah mula dilakukan pada tahun lepas.

“Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail selaku Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai telah membuat permohonan peruntukan untuk membaiki jambatan itu pada 1 Jun 2017 dan kelulusan daripada Tabung Kumpuan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara diperoleh pada 20 Oktober 2017.

“Pada 21 Disember lalu, surat tawaran telah dikemukakan kepada kontaktor yang berjaya memperolehnya dan kerja dijadual bermula pada 8 Januari ini dan dijangka siap dalam tempoh 10 minggu,” katanya semasa dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rakaman seorang pelajar ketakutan untuk menyeberangi jambatan gantung Pamah Aur yang rosak dengan dibantu bapanya yang tular di laman sosial sehingga menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Pada petang semalam, bapa terbabit tampil memohon maaf dan menjelaskan bahawa tindakannya memuat naik rakaman itu di laman sosial supaya jambatan tersebut diganti dengan yang baharu, namun disalah erti oleh orang ramai.

Sumber JKR itu menjelaskan tempoh agak lama dari tarikh permohonan hingga tarikh kelulusan adalah bertujuan untuk mendapatkan gambaran sebenar kerosakan yang berlaku supaya proses membaiki dan kosnya dapat diketahui dengan terperinci.

“Apabila sebut harga dikeluarkan, antara dua ke tiga minggu diperlukan untuk kontraktor berminat mengemukakan harga tawaran mereka untuk penilaian JKR. Proses menilai juga akan mengambil masa kira-kira seminggu kerana JKR perlu mencari kontraktor yang menawarkan kerja terbaik,” katanya.

Beliau menjelaskan permilihan tarikh 8 Jan untuk memulakan kerja adalah mengambil kira musim tengkujuh yang lazim melanda Pahang pada hujung tahun dan berikutan kini banjir melanda agak lewat, JKR akan memastikan kerja itu dilaksanakan sebaik sahaja keadaan mengizinkan.

Beliau juga menjelaskan jambatan itu sebenarnya pernah dibaiki beberapa kali iaitu pada tahun 2015 dan 2017 ekoran kerosakan disebabkan banjir.

Menurutnya, terdapat jalan alternatif kerana Kampung Pamah Aur mempunyai laluan darat untuk ke bandar Kuala Lipis, dan masih ada pihak yang menyediakan kemudahan bot di laluan yang dinaiki air pada musim banjir ini. – BERNAMA

Tags: JKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JKR Aktifkan Bilik Gerakan Bencana, Aplikasi Sistem eBencana Hadapi MTL

JKR Aktifkan Bilik Gerakan Bencana, Aplikasi Sistem eBencana Hadapi MTL

11/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana (BiGBen) dan aplikasi mudah...

‘Kenapa Buat Anak Aku Macam Tu?’

Lori Terjunam Dalam Jalan Mendap: JKR Serah Pihak Berkuasa Siasat

21/06/2024
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Kerja Raya (JKR) menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pemandu lori yang maut selepas kenderaan dipandunya terbabas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd