• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Lakar Sejarah Dicatat MBOR Sebagai Skuad Terbaik

oleh
24/01/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERBAIK… Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mencatat nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) atas pencapaian mengagumkan dalam masa yang singkat sejak tahun 2013.

Ia menerima pengiktirafan tersebut setelah beraksi cemerlang dengan mengukir nama atas kejayaan sebagai pasukan bola sepak pertama dari rantau Asia Tenggara yang muncul memenangi Piala AFC pada tahun 2015 lalu.

JDT bahkan menjadi pasukan pertama cipta sejarah mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kesemua perlawanan Liga Super sepanjang musim 2016, menurut kenyataan JDT dalam laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers.

Selain itu, pengiktirafan tersebut juga diberi atas pencapaian sebagai pasukan pertama dalam negara yang memenangi kejuaraan Liga Super selama empat musim berturut-turut bagi tahun 2014, 2015, 2016 dan 2017.

Pengiktirafan MBOR kepada JDT itu juga diberi kerana berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super di Stadium Larkin di sini sepanjang lima musim berturut-turut bagi tahun 2013, 2014, 2015, 2016 dan 2017.

Ditubuh sejak 1972 dengan nama asal PKENJ FC sebelum diubah kepada Johor FC pada 1996 menggunakan gelaran skuad Jengking pula dan kemudian JDT mulai 2012 sebagai Harimau Selatan menerusi slogan Luaskan Kuasamu.

Sijil MBOR itu diserahkan Ketua Pegawai Operasi MBOR, Christoper Wong kepada Pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu majlis penyerahan rasmi di Hotel Thistle, Johor Bahru, pada Rabu.

Baginda yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut mengumumkan Ketua Jurulatih Skuad Bawah 23 tahun, Datuk Ong Kim Swee dihantar berkursus di Sepanyol pada Mac ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: JDTMalaysia Book of RecordsTunku Mahkota Johor
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bola Keranjang Projek Sukan Terbaharu JDT

Bola Keranjang Projek Sukan Terbaharu JDT

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail memaklumkan bola keranjang bakal menjadi projek...

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

22/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 22 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd