• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawatankuasa Khas Kaji Undang-Undang Berita Palsu

oleh Ahmad Albab
31/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji undang-undang baharu untuk membendung berita palsu yang boleh mengancam kestabilan politik, menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Menteri dii Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata jawatankuasa itu bermesyuarat buat kali pertama minggu lepas dengan dihadiri wakil Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Beliau berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga bersetuju supaya jawatankuasa itu turut disertai badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan serta Anggota Parlimen.

“Ini bagi memastikan usaha kerajaan dalam menangani isu ini mendapat sokongan pelbagai pihak dan melalui proses perundingan bersama-sama semua pihak berkepentingan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata jawatankuasa khas itu akan mengkaji undang-undang yang berkaitan dan peruntukan dalam undang-undang baharu untuk pertimbangan Kabinet.

Azalina berkata kerajaan juga berharap undang-undang baharu itu boleh dibawa ke Parlimen pada sesi yang akan datang.

Buat masa ini, katanya, terdapat beberapa akta berkaitan isu itu seperti Seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang diperkenalkan sejak 30 tahun lepas.

“Oleh itu, wajar bagi kerajaan meneliti sama ada peruntukan sedia ada masih boleh diguna pakai untuk menangani ancaman baharu yang bukan sahaja diterbitkan dalam bentuk cetakan dan penyiaran malah dalam platform media dalam talian,” katanya.

Beliau berkata langkah baharu untuk menangani penularan berita palsu perlu diambil supaya orang ramai lebih bertanggungjawab dalam menghasilkan, menyebarkan dan berkongsi berita tidak sahih serta memastikan keselamatan negara terus dipelihara.

Pada Ahad lepas, Perdana Menteri berkata kerajaan akan mengkaji untuk memperkenalkan undang-undang bagi mengekang berita palsu, susulan langkah beberapa negara memperkenalkan undang-undang serupa.

Menurut laporan media, Perdana Menteri Britain Theresa May mahu menubuhkan sebuah unit baharu bagi meningkatkan usaha menangani penyebaran berita palsu dan menghalang kempen penyaluran maklumat tidak betul oleh negara lain.

Sebelum ini, Presiden Perancis Emmanuel Macron dilaporkan berkata mahu memperkenalkan satu undang-undang baharu yang mengharamkan berita palsu di internet ketika kempen pilihan raya negara itu berlangsung. – BERNAMA

Tags: Azalina Othman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PM Masih Tunggu ‘Ilham’ Pilih Tarikh PRU14

Next Post

Zara ‘Tergamak’ Caj RM384 Untuk Kain Pelikat!

Related Posts

Ejen Tipu Pekerja Asing Patut Dihukum Lebih Tegas, Lakukan Jenayah Kemanusiaan – Azalina

Ejen Tipu Pekerja Asing Patut Dihukum Lebih Tegas, Lakukan Jenayah Kemanusiaan – Azalina

26/12/2023
0

KOTA TINGGI : Syarikat serta ejen pekerja asing yang mengeksploitasi golongan itu dengan janji kerja palsu perlu disiasat serta dikenakan...

Urus JDT Ibarat Jaga 32 Bayi Kaya – TMJ

‘Pemberi Maklumat Perlu Dilindungi, Akta Kebebasan Maklumat Tak Boleh Dibuat Tergesa-gesa’

30/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menolak kemungkinan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) dipinda terlebih dulu sebelum membentangkan Akta Kebebasan Maklumat...

Next Post

Zara 'Tergamak' Caj RM384 Untuk Kain Pelikat!

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd